UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan pengajaran terancang Kohesi Nahuan Konjungsi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu

AVAILABLE Thesis 1668 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan pengajaran terancang Kohesi Nahuan Konjungsi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
Type
Thesis
Main Author
Ramli Yaacob
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjung Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
Doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kesan pengajaran Kohesi Nahuan Konjungsi (KNK)secara terancang terhadap tahap pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan empat. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini bagi melihat kesan penggunaan modul pengajaran KNK yang dibina bersandarkan Model Pengajaran Morrison, Ross dan Kemp. Seramai 61 orang murid dari dua kelas tingkatan empat sebuah sekolah di Selangor terlibat sebagai sampel kajian. Sampel telah dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ujian pra telah dijalankan bagi sampel dari kedua-dua kumpulan. Sampel dikehendaki menghasilkan sebuah karangan. Kumpulan rawatan kemudiannya telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menulis karangan menggunakan modul KNK secara terancang manakala kumpulan kawalan pula menjalani pengajaran penulisan mengandungi unsur KNK secara konvensional. Setelah 12 minggu, kedua-dua kumpulan menduduki ujian pasca dengan menghasilkan sebuah lagi karangan. Kedua-dua set karangan yang dihasilkan disemak secara holistik dan diberi pemarkahan berdasarkan skema pemarkahan Sijil Pelajaran Malaysia. Karangan tersebut juga dianalisis untuk mengetahui kekerapan, tahap dan mutu penggunaan KNK. Paired Samples t-test digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dalam penggunaan KNK dalam karangan bagi kedua-dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor penulisan karangan, kekerapan dalam penggunaan KNK, tahap dan mutu penggunaan KNK dalam karangan pada ujian pasca berbanding ujian pra bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kajian ini mendapati model pengajaran KNK secara terancang telah meningkatkan tahap pencapaian murid dalam penulisan. Implikasinya, modul pengajaran KNK terancang boleh digunakan oleh guru bagi meningkatkan mutu karangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.