UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi di sekolah menengah daerah Hulu Selangor

AVAILABLE Thesis 1787 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi di sekolah menengah daerah Hulu Selangor
Type
Thesis
Main Author
Roslina Mustapha
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Selangor berdasarkan model SERVQUAL dan SERVPERF yang disesuaikan dengan perkhidmatan koperasi. Kajian ini melibatkan faktor demografi dan lima dimensi kualiti perkhidmatan iaitu jaminan, kebolehpercayaan, ketara, empati dan responsif. Sebanyak 383 borang soal selidik telah diedarkan menggunakan teknik pensampelan berkelompok kepada pelajar-pelajar di sepuluh buah sekolah terpilih di Hulu Selangor. Reka bentuk kajian merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Skor min bagi keseluruhan dimensi kualiti perkhidmatan dan kepuasan adalah sederhana tinggi. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan dari segi jantina, bangsa, jenis sekolah dan lokasi sekolah, manakala tidak terdapat perbezaan dari segi jumlah wang saku di antara faktor demografi dengan dimensi kualiti perkhidmatan. Berdasarkan ujian korelasi Pearson, dimensi responsif mempunyai nilai korelasi yang paling tinggi diikuti oleh dimensi ketara, empati, jaminan dan kebolehpercayaan. Analisis regresi menunjukkan bahawa dimensi kualiti perkhidmatan telah menerangkan varian dalam kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan sebanyak 64.9%. Dimensi jaminan merupakan dimensi yang paling kritikal dalam mempengaruhi tahap kepuasan pelajar. Implikasi kajian ini ialah kriteria-kriteria pengukuran dimensi kualiti perkhidmatan boleh menjadi pengukur kepada kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi. Malah kriteria-kriteria ini boleh juga menjadi pengukur kepuasan pelanggan bagi koperasi dewasa dan juga entiti perniagaan lain di sekolah seperti kelab usahawan dan sebagainya. Kesimpulannya, pelajar berpuas hati terhadap kualiti perkhidmatan koperasi sekolah. Namun beberapa kriteria dalam dimensi ketara perlu ditambah baik untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan koperasi sekolah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.