UPSI Digital Repository (UDRep)

Simili dalam puisi Tamil Bharathidasan

AVAILABLE Thesis 1201 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Simili dalam puisi Tamil Bharathidasan
Type
Thesis
Main Author
Kasturi Subramaniam
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menjelaskan keistimewaan simili dan mengenal pasti simili yang banyak digunakan dalam puisi Bharathidasan. Ianya juga dilaksanakan untuk menganalisa penggunaan teori simili oleh Bharathidasan dalam antologi Alakin Cirippu dan Icai Amutu. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks serta teori simili yang dipelopori oleh Tholkaapiyar digunakan. Kajian ini berdasarkan kepada empat jenis simili iaitu vinai, payan, mei dan uru. Dapatan kajian menunjukkan daripada 227 buah puisi yang dikaji, 18 buah puisi menggambarkan simili vinai, lapan buah puisi menggambarkan simili payan, 24 buah puisi menggambarkan simili mei dan 14 buah puisi menggambarkan simili uru. Kajian ini menunjukkan 62 daripada 64 buah puisi mengandungi simili yang sesuai dengan teori simili Tholkaapiyar. Dua buah puisi mengandungi simili yang tidak sesuai kerana ianya dihasilkan untuk menghayati keindahan dan keunikan puisi melalui pengaplikasian teori simili. Puisi Bharathidasan menunjukkan penggunaan empat jenis simili boleh dijadikan contoh atau panduan dalam penulisan puisi. Implikasi kajian boleh digunakan oleh pemuisi Tamil di Malaysia untuk menghasilkan puisi yang lebih menarik menggunakan simili oleh Bharathidasan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.