Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar kolej matrikulasi Perak dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya
Type
Thesis
Main Author
Noor Azman Abdullah
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Model kajian ini telah dibina dengan gabungan beberapa model dari kajian-kajian lepas. Lima faktor kecenderungan keusahawanan telah dipilih untuk mengetahui hubunganya dengan pemilihan kerjaya keusahawanan. Faktor-faktor berkenaan adalah minat, kemahiran, pengalaman, pengaruh keluarga dan pengambilan risiko. Soal selidik kajian ini telah diadaptasi dan diubahsuai daripada instrumen kajian-kajian lepas. Seramai 205 orang telah dipilih sebagai responden bagi kajian rintis dan 328 orang responden bagi kajian sebenar. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap kecenderungan keusahawanan pelajar. Sementara itu, analisis inferensi regresi berganda dilakukan bagi menunjukkan kekuatan hubungan dan pengaruh faktor-faktor keusahawanan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar KMPk pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.5812. Sementara itu, hasil analisis regresi berganda mendapati nilai pekali berganda (β), faktor minat, pengalaman dan pengaruh keluarga menunjukkan pengaruh positif yang signifikan dengan pemilihan kerjaya keusahawanan apabila masing-masing mencatatkan nilai 0.180, 0.381 dan 0.230. Sementara itu, faktor pengambilan risiko menunjukkan pengaruh positif yang tidak signifikan (β=0.082, p=0.072) dan faktor kemahiran pula menunjukkan tiada pengaruh (β=-0.059, p=0.326) ke atas pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar memiliki kecenderungan keusahawanan yang sederhana dan boleh dipertingkat dengan penekanan kepada faktor-faktor yang menunjukkan kesan yang positif. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Matrikulasi (BMKPM) perlu mengukuhkan pendidikan keusahawanan melalui mata pelajaran Pengurusan Perniagaan untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memilih kerjaya keusahawanan. BMKPM boleh melaksanakan Karnival Keusahawanan di setiap kolej untuk memberikan lebih pengalaman kepada pelajar mengenai keusahawanan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.