UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Mad Islaihi Sabdari
Title :Kompetensi guru bimbingan dan kaunseling berpandukan model pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dari aspek kompetensi pengetahuan dan kompetensi kemahiran berpandukan Model Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (Model KPM). Kajian ini turut bertujuan mengukur tiga bidang kompetensi GBK iaitu bidang penghantaran, bidang pengurusan dan pentadbiran dan bidang pengurusan program. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengukur korelasi antara kompetensi GBK dengan tempoh perkhidmatan. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dan melibatkan sampel seramai 205 GBK di negeri Sabah yang dipilih secara rawak mudah daripada 437 populasi. Data dikumpul menggunakan Inventori Kompetensi Guru Kaunseling (IKGK) secara atas talian yang telah diuji dan disahkan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, dan seterusnya analisis kuantitatif secara deskriptif menggunakan peratusan dan min, serta analisis inferensi menggunakan statistik spearman rho digunakan. Hasil kajian menunjukkan kompetensi GBK adalah pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan ketiga-tiga bidang kompetensi GBK iaitu penghantaran, pengurusan dan pentadbiran dan pengurusan program juga pada tahap yang tinggi. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan positif antara kompetensi pengetahuan dalam ketiga-tiga bidang iaitu penghantaran, pengurusan dan pentadbiran, dan pengurusan program dengan tempoh perkhidmatan. Selain daripada itu, hasil kajian menunjukkan terdapat kerolasi positif yang signifikan antara kompetensi kemahiran dalam dua bidang kompetensi iaitu penghantaran dan pengurusan dan pentadbiran dengan tempoh perkhidmatan. Implikasi kajian ini menunjukan GBK di negeri Sabah adalah kompeten dari aspek pengetahuan dan kemahiran iaitu dalam bidang penghantaran, pengurusan dan pentadbiran, dan pengurusan program. Kajian ini juga menunjukkan Model KPM boleh dijadikan sebagai model penilaian kompetensi GBK.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.