UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan kepimpinan mobil terhadap komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru di Pulau Pinang

AVAILABLE Thesis 1371 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan kepimpinan mobil terhadap komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru di Pulau Pinang
Type
Thesis
Main Author
Oh Zi Jian
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan Kumpulan Kepimpinan Mobil (KKM) kepada komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru berbanding dengan Kumpulan Kawalan di Pulau Pinang. Hubungan antara komunikasi dengan prestasi kerja harian dan hubungan antara komunikasi dengan motivasi turut dikenal pasti dalam kalangan guru melalui Kumpulan Kepimpinan Mobil. Pendekatan kuasi eksperimen diaplikasikan dalam kajian ini. Sejumlah 156 responden telah diambil sebagai sampel kajian. Teknik pensampelan digunakan dalam kajian ini ialah pensampelan rawak mudah dengan menggunakan jadual nombor rawak. Dapatan kajian menunjukkan Kepimpinan Mobil mempunyai kesan signifikan terhadap komunikasi, prestasi kerja harian dan motivasi dalam kalangan guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif antara komunikasi dengan prestasi kerja harian dalam kalangan guru melalui KKM berbanding dengan Kumpulan Kawalan. Analisis juga menunjukkan hubungan positif antara komunikasi dengan motivasi dalam kalangan guru di kumpulan KKM. Secara keseluruhannya, kaedah kepimpinan mobil memberi kesan positif kepada guru dan sesuai digunakan oleh pemimpin sekolah. Implikasi kajian menyokong Teori Penstrukturan Adaptif, Teori Kegunaan dan Kepuasan, Teori Motivasi Pencapaian McClelland dan Model Penerimaan Teknologi. Penyelidikan yang lebih lanjut perlu dijalankan untuk memperluaskan potensi kepimpinan mobil dalam bidang pengurusan pendidikan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.