UPSI Digital Repository (UDRep)

Religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim dalam kalangan pentadbir universiti-universiti awam di Lembah Klang

AVAILABLE Thesis 1918 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim dalam kalangan pentadbir universiti-universiti awam di Lembah Klang
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Amri Zainal Adnan
Subject
BJ Ethics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2016
Notes
Doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim dalam kalangan pentadbir universiti-universiti awam di Lembah Klang. Hasil kajian ini meninjau sejauhmana religiositi berperanan sebagai faktor perantara di antara personaliti dan tingkah laku kerja Muslim. Responden terdiri daripada 228 orang pentadbir dari lima buah universiti awam di Lembah Klang. Sebuah instrumen bagi mengukur tingkah laku kerja Muslim dibina untuk mendapatkan data tingkah laku kerja responden, manakala NEO Five-Factor Inventory (FFI) dan Muslim Religiosity-Personality Inventory (MRPIdigunakan untuk mengukur personaliti dan religiositi responden. Teori Tret dan Teori Religiositi Muslim dijadikan asas untuk mengkaji pembolehubah-pembolehubah berkaitan. Inventori Tingkah Laku Kerja Muslim (ITKM) yang dibangunkan menggunakan analisis faktor eksploratori dan Structural Equation Modeling (SEM) menunjukkan bahawa tingkah laku kerja Muslim terdiri daripada dua dimensi, iaitu al-Qawiy (Kekuatan) dan al-Amin (Amanah), masing-masing mempunyai nilai kebolehpercayaan alpha 0.95 dan 0.94. Ujian kesepadanan model menunjukkan bahawa model yang dibina adalah sepadan (RMSEA=0.06,GFI=0.98,CFI=0.99,Chisq/df=I.94). Analisis korelasi antara tret personaliti dan religiositi menunjukkan bahawa hanya tret Neuroticism (r=-0.21), Extraversion (r=0.19) dan Conscientiousness (r=0.22) mempunyai hubungan yang signifikan dengan religiositi. Analisis korelasi antara personaliti dan tingkah laku kerja Muslim menunjukkan bahawa tret Neuroticism (r=-0.32), Extraversion (r=0.29) dan Conscientiousness (r=0.22) juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku kerja Muslim. Analisis regresi berganda mendapati bahawa tret Neuroticism, Extraversion dan religiositi adalah faktor peramal yang signifikan kepada tingkah laku kerja Muslim secara signiftkan [F(3,224)=22.31, p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.