UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep jiwa dalam lagu-lagu Thiruvasagam, membandingkan persamaan dan perbezaan konsep jiwa antara teks Thiruvasagam dan Thiruvarudpayan dan mengenal pasti konsep jiwa yang terbanyak dalam teks Thiruvasagam yang dinyanyikan oleh Manikkavasagar pada abad ke-8. Kajian ini berasaskan kualitatif dan data-data untuk kajian ini telah dikumpulkan melalui cara deskriptif dan analitik. Teori jiwa yang dibincangkan dalam teks Thiruvarudpayan digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 447 konsep jiwa terdapat dalam lagu Thiruvasagam. Sebanyak 9 konsep jiwa menunjukkan persamaan dan 1 konsep jiwa menunjukkan perbezaan dalam Thiruvasagam. Konsep Uyir Muuvakaiyinar iaitu sebanyak 149 paling banyak digunakan dalam teks Thiruvasagam. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan konsep jiwa berasaskan Thiruvarudpayan dalam Thiruvasagam dapat memahami kebenaran jiwa dan mengertikan kewujudan jiwa di bawah naungan Tuhan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |