UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemilihan realisme: perubahan kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan Yu Dafu di Nanyang

AVAILABLE Thesis 806 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pemilihan realisme: perubahan kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan Yu Dafu di Nanyang
Type
Thesis
Main Author
Yap, Bee San
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini meneliti perubahan pemikiran Yu Dafu dengan menuruti aliran pemikiran individualisme yang dipegang teguh olehnya sejak era Gerakan 4 Mei, dan seterusnya menganalisis kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan beliau selepas berhijrah ke Nanyang. Kedatangan Yu Dafu di Nanyang merupakan pergerakan diaspora yang terdesak akibat Perang China-Jepun, beliau tidak sahaja berhadapan dengan krisis negara China, tetapi kedatangan beliau juga perlu berhadapan dengan konteks Nanyang dan komuniti diaspora Cina yang jauh berbeza dengan ibu pertiwinya. Justeru, kajian ini meneliti perubahan pemikiran dan kecenderungan pengkaryaan beliau dari perspektif diaspora. Dapatan kajian ini menunjukkan perubahan Yu Dafu dari individualisme ke realisme, maka penulisan realisme telah menjadi asas kepada pengkaryaan dan keprihatinan beliau di Nanyang. Kecenderungan penulisan realisme Yu Dafu di Nanyang terpapar dalam pemilihan isi penulisan serta genre penulisannya. Implikasi kajian ini telah menunjukkan perubahan pemikiran Yu Dafu serta memperjelaskan penghalaan beliau dari individualisme ke realisme.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.