UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kemahiran insaniah berdasarkan Program Perakaunan (Program Accounting Day Out, Program Oh My Buddy dan Bengkel A 4 All) yang telah dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Kajian ini dilakukan lanjutan beberapa kajian lepas yang mendapati beberapa elemen kemahiran insaniah lepasan matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahap yang sederhana dan baik sahaja. Kajian ini menggunakan faktor pengisian program yang terdiri daripada kandungan program, keupayaan fasilitator, kemudahan prasarana dan sistem pentaksiran manakala faktor demografi terdiri jantina dan lokasi sekolah terdahulu sebagai faktor peramal kajian. Sementara, kemahiran insaniah merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, dan kemahiran kerja berpasukan. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan teknik persampelan convenient ke atas 104 orang bekas pelajar KML. Borang soal selidik disediakan secara atas talian melalui aplikasi whatsapp group dan facebook close group. Secara keseluruhan semua kemahiran insaniah pelajar berada pada tahap yang tinggi berdasarkan ketiga-tiga Program Perakaunan. Walau bagaimanapun, didapati tahap penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris berada pada tahap yang sederhana dalam elemen kemahiran komunikasi bagi semua Program Perakaunan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan ketiga-tiga kemahiran insaniah berdasarkan jantina dalam ketiga-tiga program. Keputusan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dan juga lokasi sekolah terdahulu. Selanjutnya dapatan kajian juga mendapati beberapa faktor tertentu memberi sumbangan terhadap elemen kemahiran insaniah yang dikaji bagi tiga Program Perakaunan tersebut. Implikasi kajian ini menjadi input kepada pihak pengurusan tertinggi kolej dan Bahagian Matrikulasi KPM (BMKPM) dalam pembangunan kemahiran Bahasa Inggeris di peringkat matrikulasi bagi melahirkan pelajar yang kompetitif dalam pasaran pekerjaan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |