UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengajaran guru dalam kurikulum al-Azhar di Sekolah Menengah Agama Negeri di Kelantan berasaskan Model Content Language Integrated Learning (CLIL). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui tinjauan menggunakan dua set borang soal selidik sebagai instrumen. Seramai 320 orang pelajar tingkatan enam dan 33 orang guru yang terlibat dengan Kurikulum alAzhar dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan pengajaran guru berasaskan model CLIL berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran guru berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Amalan pengajaran yang menggunakan model CLIL memberi kesan positif dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar dari segi kefahaman terhadap kandungan pelajaran dan penguasaan dalam Bahasa Arab. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |