UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk membina satu modul pentaksiran kemahiran insaniah melalui mata pelajaran Kokurikulum. Modul pentaksiran ini diadaptasi daripada Sukatan Mata Pelajaran Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). BMKPM telah menetapkan enam elemen kemahiran insaniah yang perlu dinilai ke atas pelajar iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, semangat kesukarelawanan dan patriotisme. Panel pakar telah mengesahkan instrumen pentaksiran ini berada dalam julat persetujuan .79 hingga .98. Kajian rintis telah dilaksanakan Kolej Matrikulasi Melaka yang melibatkan 160 orang pelajar dan data dianalisis menggunakan Exploratory Factor Analysis (EFA). Hasil analisis EFA, 27 daripada 30 item dalam modul pentaksiran berjaya dimuatkan dalam faktor masing-masing berdasarkan factor loading dengan nilai melebihi 0.45. Sejumlah 67.78 peratus varian dapat diterangkan oleh semua item ke atas enam elemen yang utama. Kesahan dan kebolehpercayaan modul pentaksiran ini diperkukuhkan lagi dengan tahap persetujuan pensyarah ke atas penggunaan modul yang tinggi iaitu 90 peratus bagi purata keseluruhan item yang dinilai. Seterusnya kajian sebenar dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Labuan menggunakan kaedah praeksperimen yang melibatkan 256 responden pelajar yang dipilih secara intact sebagai sampel kajian dan 10 responden pensyarah kokurikulum sebagai penilai. Berdasarkan Confirmatory Factor Analysis (CFA), keputusan menunjukkan keenam-enam elemen kemahiran insaniah disahkan dan mengukur item-item bagi setiap komponen utama serta memenuhi syarat kesahan konstruk dan kebolehpercayaan konstruk. Selanjutnya, ujian MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran insaniah antara kumpulan bagi perbandingan antara jantina dan perbandingan antara kaum. Sementara Ujian ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran insaniah antara kumpulan bagi perbandingan antara jantina dan perbandingan antara kaum. Oleh itu, modul pentaksiran ini dapat digunakan khususnya Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Labuan bagi membantu pensyarah untuk mengukur tahap kemahiran insaniah pelajar melalui mata pelajaran Kokurikulum. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |