UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan modul pentaksiran kemahiran insaniah melalui kokurikulum di Kolej Matrikulasi

AVAILABLE Thesis 2277 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pembinaan modul pentaksiran kemahiran insaniah melalui kokurikulum di Kolej Matrikulasi
Type
Thesis
Main Author
Mahamad Yusof Abdul Rani
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membina satu modul pentaksiran kemahiran insaniah melalui mata pelajaran Kokurikulum. Modul pentaksiran ini diadaptasi daripada Sukatan Mata Pelajaran Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). BMKPM telah menetapkan enam elemen kemahiran insaniah yang perlu dinilai ke atas pelajar iaitu kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, semangat kesukarelawanan dan patriotisme. Panel pakar telah mengesahkan instrumen pentaksiran ini berada dalam julat persetujuan .79 hingga .98. Kajian rintis telah dilaksanakan Kolej Matrikulasi Melaka yang melibatkan 160 orang pelajar dan data dianalisis menggunakan Exploratory Factor Analysis (EFA). Hasil analisis EFA, 27 daripada 30 item dalam modul pentaksiran berjaya dimuatkan dalam faktor masing-masing berdasarkan factor loading dengan nilai melebihi 0.45. Sejumlah 67.78 peratus varian dapat diterangkan oleh semua item ke atas enam elemen yang utama. Kesahan dan kebolehpercayaan modul pentaksiran ini diperkukuhkan lagi dengan tahap persetujuan pensyarah ke atas penggunaan modul yang tinggi iaitu 90 peratus bagi purata keseluruhan item yang dinilai. Seterusnya kajian sebenar dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Labuan menggunakan kaedah praeksperimen yang melibatkan 256 responden pelajar yang dipilih secara intact sebagai sampel kajian dan 10 responden pensyarah kokurikulum sebagai penilai. Berdasarkan Confirmatory Factor Analysis (CFA), keputusan menunjukkan keenam-enam elemen kemahiran insaniah disahkan dan mengukur item-item bagi setiap komponen utama serta memenuhi syarat kesahan konstruk dan kebolehpercayaan konstruk. Selanjutnya, ujian MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran insaniah antara kumpulan bagi perbandingan antara jantina dan perbandingan antara kaum. Sementara Ujian ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran insaniah antara kumpulan bagi perbandingan antara jantina dan perbandingan antara kaum. Oleh itu, modul pentaksiran ini dapat digunakan khususnya Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Labuan bagi membantu pensyarah untuk mengukur tahap kemahiran insaniah pelajar melalui mata pelajaran Kokurikulum.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.