Satu kajian kes tentang penglibatan keluarga mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan
Type
Thesis
Main Author
Aisyah Abdullah
Subject
HV Social pathology. Social and public welfare
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan keluarga, cabaran dan strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dan tiga orang bekas penagih dadah dipilih dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hasil kajian mendapati penglibatan keluarga merupakan satu proses penyesuaian bagi mengendalikan bekas penagih dadah. Keluarga juga menempuhi cabaran dalam mengendalikan bekas penagih dadah kerana pengaruh dalaman dan luaran. Bagi mengatasi cabaran tersebut, keluarga mempunyai strategi tersendiri iaitu membentuk intervensi psikososial yang terdiri daripada tingkah laku, personaliti dan persekitaran. Kesimpulannya, keluarga perlu mendekatkan diri dengan bekas penagih dadah bagi memotivasikan mereka untuk meneruskan kehidupan. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kefahaman dan intervensi keluarga bagi mengendalikan bekas penagih dadah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.