UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Maslina Mohamed
Title :Hubungan antara sikap pengguna dan pemilihan institusi perbankan Islam : kepatuhan agama sebagai mediator
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara sikap pengguna dengan pemilihan institusi perbankan Islam dalam kalangan staf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang. Selain itu, kajian ini turut mengukur pengaruh kepatuhan agama sebagai mediator. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen. Sampel terdiri daripada 357 staf IPT yang dipilih menggunakan teknik pensampelan sistematik. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Structural Equation Modelling (SEM). Analisis deskriptif menjelaskan tahap sikap, kepatuhan agama dan pemilihan perbankan Islam, manakala analisis SEM bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min sikap, kepatuhan agama dan pemilihan Perbankan Islam berada pada tahap yang tinggi. Sikap dan kepatuhan agama mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap pemilihan perbankan Islam. Kepatuhan agama bertindak sebagai mediator separa dalam hubungan antara sikap pengguna dengan pemilihan perbankan Islam. Kesimpulannya, sikap pengguna yang positif mempengaruhi pemilihan institusi perbankan Islam dan hubungan tersebut diperkuatkan dengan konstruk kepatuhan agama. Implikasi kajian ini menambah kepada literatur sedia ada dalam pembuktian empirikal berhubung gelagat pengguna dalam pemilihan perbankan Islam. Tambahan pula, ia menjadi panduan kepada pengurusan institusi perbankan Islam dalam menawarkan perkhidmatan yang berupaya memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.