Pembentukan norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak
Type
Thesis
Main Author
Syed Ameer Ali Rahaman
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal dan pembentukan norma norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor bagi pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak. Seramai 132 orang pengadil bola sepak negeri Perak telah dijadikan sebagai sampel kajian dan telah diuji. Pemilihan subjek adalah berdasarkan sampel rawak mudah. Sampel diuji dari segi kecergasan berlandaskan kemahiran motor yang merangkumi enam ujian iaitu Ujian Melontar Bola Keranjang untuk menguji koordinasi, Ujian Ketangkasan SEMO untuk menguji ketangkasan, Ujian Kayu Bass Menegak untuk menguji keseimbangan,Ujian Lompat Jauh Berdiri untuk menguji kuasa, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson untuk mengukur masa reaksi dan Ujian Lari Pecut 30 meter untuk mengukur kepantasan. Data telah dianalisis membentuk norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan sampel mencapai tahap “baik” berdasarkan norma yang dibentuk. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya dan membentuk norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor bagi pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak. Harapan penyelidik, norma yang dibentuk ini boleh dijadikan sebagai asas dan garis panduan piawai kepada pegawai dan jurulatih bagi mengekal dan meningkatkan tahap kecergasan para pengadil bola sepak.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.