UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal dan pembentukan norma norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor bagi pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak. Seramai 132 orang pengadil bola sepak negeri Perak telah dijadikan sebagai sampel kajian dan telah diuji. Pemilihan subjek adalah berdasarkan sampel rawak mudah. Sampel diuji dari segi kecergasan berlandaskan kemahiran motor yang merangkumi enam ujian iaitu Ujian Melontar Bola Keranjang untuk menguji koordinasi, Ujian Ketangkasan SEMO untuk menguji ketangkasan, Ujian Kayu Bass Menegak untuk menguji keseimbangan,Ujian Lompat Jauh Berdiri untuk menguji kuasa, Ujian Tindak Balas Pilihan Nelson untuk mengukur masa reaksi dan Ujian Lari Pecut 30 meter untuk mengukur kepantasan. Data telah dianalisis membentuk norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan sampel mencapai tahap “baik” berdasarkan norma yang dibentuk. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya dan membentuk norma kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor bagi pengadil-pengadil bola sepak negeri Perak. Harapan penyelidik, norma yang dibentuk ini boleh dijadikan sebagai asas dan garis panduan piawai kepada pegawai dan jurulatih bagi mengekal dan meningkatkan tahap kecergasan para pengadil bola sepak. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |