UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Nurain Sabrina Ahmad
Title :Kesan sistem francais pendidikan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IR)
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Sistem Francais Pendidikan terhadap Kualiti Pengajaran dan pembelajaran. Fokus utama kajian ini juga dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS. Faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran, gaya pengajaran dan kualiti pensyarah digunakan sebagai pemboleh ubah bebas yang diukur dengan menggunakan soal selidik lima skala-likert. Seramai 148 orang pelajar IPTS di sekitar Negeri Melaka dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Pengkaji menggunakan statistik deksriptif dan statistik inferensi dalam menganalisis data yang diperolehi iaitu dengan melihat kekerapan, min dan peratusan responden manakala statistik inferensi iaitu Analisis Faktor dan Analisis Regresi Berganda digunakan untuk melihat kesahan item dalam soal selidik dan impak faktor-faktor pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian mendapati, hanya dua daripada tiga faktor iaitu faktor persekitaran pembelajaran dan gaya pengajaran sahaja yang memberi kesan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajarpelajar di IPTS. Sementara faktor kualiti pensyarah tidak memberi kesan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS. Dapatan kajian ini juga dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di IPTS selain dapat membantu hubungan dua hala di antara UA dan IPTS dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti di masa hadapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)