UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penjelasan lelaki dan wanita guru-guru muda cina dalam sebab-sebab konflik hubungan dalam pasangan serta mengenal pasti sama ada penjelasan-penjelasan itu mencerminkan empat sudut pandangan dalam perbezaan jantina. Empat sudut pandangan ilmiah telah dikenal pasti untuk menjelaskan mengapa kesukaran komunikasi berlaku antara lelaki dan wanita, iaitu biologi, budaya, kuasa dan retorik. Teori pendirian digunakan untuk mengkaji respon subjek dan seterusnya membantu menjelaskan perbezaan penjelasan antara subjek lelaki dan wanita. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, tiga kumpulan fokus yang menjadi subjek kajian ini menjawab soalan dan membincangkan sebab-sebab konflik pasangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa lelaki dan wanita percaya bahawa sebab-sebab konflik pasangan adalah naluri biologi, percakapan dan pemahaman berbeza, mementingkan diri, penghargaan, tempoh hubungan, didikan keluarga dan keperluan yang berbeza. Penjelasan lelaki dan wanita kepada punca konflik dapat mencerminkan sudut pandangan biologikal, budaya dan retorik seperti yang dikenal pasti dalam kajian lampau. Lelaki dan wanita didapati berbeza dalam cara berkomunikasi. Kajian ini membantu pasangan berkomunikasi dengan lebih baik dan lebih memahami pasangan mereka. Implikasinya, hubungan pasangan akan menjadi sihat dan kemungkinan kes penceraian dapat dikurangkan. Masalah keluarga yang berkurangan pasti akan mengurangkan masalah sosial. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |