UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Zainudin Denan
Title :Perkaitan faktor motivasi dan gaya kepimpinan jurulatih terhadap penglibatan sukan di kalangan atlit kejohanan aktiviti gerak kerja kokurikulum (KAGUM) Institut Perguruan Sarawak (IR)
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat motif utama penglibatan atlit Institut Perguruan Sarawak dalam sukan, gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan atlit Institut Perguruan Sarawak dan perkaitan di antara motivasi dengan gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan di kalangan atlit di 1nstitut Perguruan Sarawak, Miri dalam Sukan KAGUM Satu set borang soal selidik ditadbirkan ke atas 35 orang pelajar (21 lelaki dan 14 perempuan) yang terlibat dengan sukan tersebut. Pengukuran prestasi diperoleh berdasarkan konstruk bateri ujian yang terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu Bahagian A " Demograji responden, Bahagian B " Motif penglibatan dan Bahagian C " Gaya Kepimpinan Jurulatih. Kedua-dua bahagian menggunakan skala Likert ( 5 Skala). Semua data yang dikumpul di analisis menggunakan SPSS V! 1.5 untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai dan korelasi pearson. Rumusan kajian mendapati faktor motivasi utama yang menjadi pilihan atlit untuk terlibat dalam sukan KAGUM adalah faktor kemahiran (M = 4.66, SP = .42), kecergasan dan sosio kendiri (M = 4.14, SP = .42), semangat berpasukan merupakan pilihan ke empat (M = 4.06, SP = .43 ) dorongan pilihan ke lima (M = 3.94, SP = 56 ), pengiktirafan pilihan ke enam (M = 3.82, SP = .57 ), minat pilihan ke tujuh (M = 3.84, SP = .59 ), dan imej (M = 3.64, SP = .06) sebagai pilihan terakhir. Analisis data menunjukkan dikalangan atlit memilih gaya kepimpinan tingkahlaku latihan dan arahan sebagai pilihan utama bagi atlit lelaki (M = 4.26, SP = .47), atlit perempuan (M = 3.88, SP = .69) Dapatan kajian juga menunjukan tidak terdapat perbezaan skor min motif penglibatan dengan gaya kepimpinan jurulatih yang signifikan di an tara atlit lelaki (M = 3.93, SP = 0.36) dengan atlit perempuan (M = 3.82. SP = 0.31). Perkaitan di antara motif penyertaan dengan gaya kepimpinan jurulatih yang menjadi pilihan di kalangan atlit di 1nstitut Perguruan Sarawak, Miri dalam Sukan KAGUM menunjukan terdapat korelasi positif yang sederhana rendah antara skor min faktor motivasi penglibatan dengan skor min gaya kepimpinan jurulatih ( r = .314, ). Hubungan antara kedua-duanya pembolehubah adalah tidak signifikan ( r = .314 n = 35.p = 0.066, P >0.05) menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan an tara motif penglibatan dengan gaya kepimpinan jurulatih dt kalangan atlit yang terlibat secara langsung dengan sukan KAGUM di Institut Perguruan Sarawak.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)