UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :Q Science (General)
Main Author :Saniah Sembak
Title :Pengetahuan dan pelaksanaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kalangan guru sains menengah rendah
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai pengetahuan dan pelaksanaan lima Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB) yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 390 orang guru sains menengah rendah. Mereka dipilih secara rawak berstrata dari 66 buah sekolah di Melaka. Instrumen terdiri daripada Ujian Pengetahuan KPSB, soal selidik Pelaksanaan KPSB, senarai semak dan protokol temubual. Perangkaan deskriptif secara keseluruhannya menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan adalah sederhana. Analisis MANOVA mendapati pelaksanaan KPSB guru lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan guru perempuan. Pengetahuan KPSB guru ijazah sarjana muda pula lebih tinggi berbanding dengan guru sarjana. Analisis Regresi Berganda menunjukkan sumbangan pemboleh ubah tak bersandar terhadap Pelaksanaan KPSB adalah sebanyak 33.7%. Antara faktor dominan yang menyumbang kepada Pelaksanaan KPSB ialah Pengetahuan Membina Hipotesis, Pengetahuan Mengeksperimen dan Pengetahuan Mengawal Pemboleh ubah. Berdasarkan keputusan tersebut, beberapa saranan bagi meningkatkan pengetahuan dan pelaksanaan KPSB dalam kalangan guru diketengahkan agar memenuhi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu mencapai visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara dalam bidang sains dan teknologi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.