UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan instrumen peramal faktor obesiti dalam kalangan pelajar berumur 13 dan 14 tahun

AVAILABLE Thesis 3369 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan instrumen peramal faktor obesiti dalam kalangan pelajar berumur 13 dan 14 tahun
Type
Thesis
Main Author
Zarizi Ab Rahman
Subject
RC0321 Neuroscience. Biological psychiatry. Neuropsychiatry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
Doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Obesiti merupakan fenomena yang sedang mengancam kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dunia. Kajian ini bertujuan membina instrumen soal selidik peramal faktor obesiti. Kajian ini melibatkan pelajar berumur 13 dan 14 tahun di Klang, Selangor. Instrumen yang digunakan untuk menganggar peratus lemak tubuh ialah instrumen pengukuran komposisi tubuh kaedah lapangan adalah Indeks Jisim Tubuh, Bio Impedance Analysis, dan Ujian Lipatan Kulit. Manakala instrumen soal selidik peramal faktor obesiti dibina berdasarkan adaptasi daripada Physical Activity Questionaire for Older Children, The Adolescent Sedentary Activity Questionaire, dan Nutrition and Physical Activity Survey. Seramai 142 pelajar terlibat dalam kajian fasa satu. Hasil kajian mendapati Indeks Jisim Tubuh merupakan instrumen yang paling tepat bagi pengukuran komposisi tubuh kaedah lapangan yang ditentukan melalui kesahan convergent. Kajian fasa dua, sebanyak 84 item soal selidik peramal faktor obesiti telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan dengan teknik analisis faktor dan model Alpha Cronbach dan hanya 58 item diterima. Kajian fasa tiga melibatkan seramai 150 subjek (62 lelaki dan 88 orang perempuan). Hasil analisis korelasi Pearson Product Moment dan ujian rujukan kriteria mendapati skor item soal selidik mempunyai hubungan yang tinggi dengan peratus lemak tubuh. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan keseluruhannya kesemua faktor peramal mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas peratus lemak tubuh. Keputusan kajian juga menunjukkan tingkah laku pemakanan menyumbang sebahagian besar varians ke atas peratus lemak tubuh. Manakala faktor peramal sosio ekonomi mempengaruhi tingkah laku lelaki dan pemakanan pula mempengaruhi tingkah laku perempuan. Analisis Two-way ANOVA menunjukkan tiada perbezaan kesan interaksi terhadap peratus lemak tubuh bagi kedua-dua jantina berdasarkan lokasi dan umur. Dapatan juga mendapati Skor Indeks Peramal Faktor Obesiti dapat dibentuk berdasarkan instrumen ini. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa peramal faktor obesiti yang dinyatakan perlu diberi perhatian dalam usaha untuk mencegah obesiti. Manakala Skor Indeks Peramal Obesiti boleh dijadikan satu kaedah alternatif yang mudah bagi menentukan status berat badan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.