Kesan teknik eksplorasi internet berasaskan pendekatan konstruktivisme terhadap penulisan karangan fakta
Type
Thesis
Main Author
Kavitha Ratnam
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjung Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan teknik eksplorasi Internet berasaskan pendekatan konstruktivisme terhadap penulisan karangan fakta murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk campuran, iaitu kuantitatif dan kualitatif untuk mencapai lima objektif khusus. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dan analisis karangan. Sampel kajian terdiri daripada 73 orang murid tingkatan empat di salah sebuah sekolah di dalam Daerah Hilir Perak, Teluk Intan. Murid bagi kumpulan kawalan ialah 35 orang, manakala murid kumpulan rawatan ialah 38 orang. Dua orang guru juga dipilih sebagai sampel untuk penilaian pencapaian karangan. Huraian data bagi kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Huraian data deskriptif bagi reka bentuk kajian kuantitatif adalah dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Bagi reka bentuk kuantitatif juga, huraian data inferensi adalah dengan menggunakan Ujian-t Sampel Tidak Bersandar. Ujian Cohen's Kappa pula untuk menganalisis penilaian pencapaian karangan oleh dua orang guru pakar. Data kualitatif pula dihuraikan secara tematik, iaitu berasaskan kod tema dan subtema kriteria penskoran karangan. Dapatan kajian berdasarkan kuasieksperimen menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan pasca penulisan karangan fakta. Data kualitatif pula memaparkan bahawa murid cemerlang dalam penulisan karangan adalah lebih ramai dalam ujian pasca berbanding pra. Dapatan kajian daripada analisis Cohen's Kappa pula memperlihatkan bahawa penilaian pencapaian karangan adalah setara oleh kedua-dua orang penilai. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa penulisan karangan meningkat dari segi pencapaian dan kualiti karangan fakta berdasarkan Kriteria Penskoran Karangan Bahagian B oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik eksplorasi Internet banyak membantu murid dalam peningkatan pencapaian dan kualiti karangan fakta. Daripada kajian ini, diharapkan supaya dapat membantu guru dan dijadikan asas ke arah pembangunan teknik lain bagi semua topik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru, dicadangkan supaya pihak yang terlibat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia mengguna pakai teknik yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini untuk pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan fakta di sekolah menengah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.