UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
ISSN :2289-4640
Main Author :Hussin Ridzuan, Mokhtar Asmahan, Abdul Jabbar Abdul Razak,
Title :Seni Kaligrafi (Khat) di mihrab masjid-masjid negeri Malaysia dan hubungannya dengan seni visual
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Khat merupakan hasil seni visual yang paling cantik, gah dan buktinya dapat dilihat dalam kitab suci Al-Qur’an hingga kini. Khat juga telah diaplikasikan ke atas pelbagai media dan rupa bentuk, melalui karya-karya dan kreativiti manusia yang diilhamkan oleh Allah SWT. Begitu juga, khat yang dihasilkan di masjid-masjid, selain daripada bentuk (arabesques, corak geometri) menjadi tarikan dan dinikmati oleh mereka yang sujud dan tunduk mengerjakan ibadat. Penilaian dan pentafsiran kajian, yang dilakukan ke atas setiap khat mihrab masjid-masjid negeri di Malaysia adalah berbentuk pemerhatian dan penilaian foto visual yang di rakam di lapangan. Kajian ke atas 12 buah masjid-masjid negeri di Malaysia menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bertujuan untuk mengenalpasti seni khat, menganalisis proses penghasilan khat dan hubungkaitnya dengan Seni Visual. Dapatan kajian menunjukkan seni khat yang di reka bentuk terdiri daripada khat Naskh 45%, Thuluth 35%, Kufi 15% dan Nastaliq 5%. Kajian juga mendapati tema nama Allah & Muhammad yang direka bentuk adalah sebanyak 61.5%, nama Allah sahaja 15.5% surah pendek dari Al-Qur’an, kalimah Tauhid dan Allahu Akbar sebanyak 23.0%. Sistem tulisan khat yang dicipta oleh penulis khat Arab ‘Ibn Muqlah’ pada kurun ke-9 adalah merupakan zaman kegemilangan khat Thuluth dan khat Naskh serta menjadi rujukan piawaian sehingga ke hari ini. Hasil kajian juga mendapati lima entiti seni visual daripada semua sampel khat yang terdapat di mihrab masjid-masjid negeri adalah: i). Elemen huruf dan perkataan terdiri daripada bentuk ukiran 2 & 3 Dimensi khat Naskh, Thuluth dan Riq’ah, ii). Kedudukan khat tertumpu kepada ruang cetek dan tidak ada wujudnya sudut pandangan perspektif, iii). Media jubin kerap digunakan kerana tidak mudah karat dan dimakan anai-anai, iv). Warna emas, putih dan hitam kerap menjadi pilihan apabila menggunakan warna atas khat dan v). Khat yang direka bentuk ditempatkan dalam komposisi di tengah bulatan atau memenuhi ruang segi empat.

References
1. Al-Qur’an 2. Abd Rahman Hamzah. (2011). Islamic inscription in mosques: the forms and meanings. Johor Bahru: Penerbit UTM Press. 3. Ahmadrashidi Hasan, Mizan Hitam & Abd Rasid Ismail. (2013). Islamic art in the Malay world. Kuala Lumpur: Visual Print Sdn. Bhd. 4. Danby, M. (1995). Moorish style. London: Phaidon Press Limited. 5. Eva Wilson. (1988). Islamic designs. London: The British Museum Press. 6. Heba Nayel Barakat. (2003). Al-Kalima. Kuala Lumpur: The Islamic Arts Museum Malaysia. 7. Khaled Alnajdi. (2001). Reforming Arabic Calligraphic: for computer art and design in Kuwaiti Art Education. Tesis Dr. Fal. Philadelpia: The Pennsylavia State University. 8. Khaled Azzam. (2013). Arts & crafts of the Islamic lands. principle. materials. practice. London: Thames & Hudson. 9. Knobler, N. (1985). Dialog seni tampak. Terj. Zakaria Ali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Manja Mohd Ludin dan Ahmad Suhaimi Mohd Nor. (1995). Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Moya Carey. (2012). An illustrated history of Islamic art & design. Leicestershire: Anness Publishing Ltd. 12. Wan Abdul Kadir & Hashim Awang AR. (1997). Seni dan kosmologi Islam dalam kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. 13. Wilson, E. (1988). Patterns book of Islamic design. London: The British Museum Press. 14. Yasin Hamid Safadi. (1978). Islamic calligraphy. London: Thames and Hudson Ltd. 15. Zahra Ahmed Al-Zadjali. (2015). The influence of Islamic Arts on Omani weaving motifs. World Acedemy of Science, Engineering and Technology Vol: 9 2015-09-01.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.