UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Pendekatan semiotik telah menjadi asas penting dalam membina pengolahan pengkaryaan seni. Ia menjadi teras dalam membina dan membentuk sesebuah karya terutama dalam melahirkan sesuatu yang lebih konstruktif dan menyediakan suatu lapangan kaedah persembahan dengan cara baru. Kaedah semiotik dilakukan dalam menilai karya seni yang merepresentasikan makna-makna melalui tanda yang divisualisasikan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih sebuah karya seni yang dihasilkan oleh Mohd Fuad Arif iaitu ‘Pembukaan’ (2013) sebagai objek kajian. Konsep Triadik Peirce’s telah digunakan oleh pengkaji dalam membaca makna terhadap sesebuah karya seni. Konsep asas tersebut adalah Representasi, Objek dan Interpretasi. Perlaksanaan kaedah semiotik ini dipetik melalui konsep Charles Sanders Peirce – Semiotic the Basic (Daniel Chandler 2002) bagi menjelaskan perhubungan Representasi/Tanda, Objek, dan Interpretasi. Teks yang dihasilkan adalah sebuah produk penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan yang secara khususnya adalah sebuah himpunan tanda dalam membentuk makna. Penggunaan konsep semiotik ini mampu untuk menjelaskan makna dalam sesebuah karya seni dengan lebih jelas dan sistematis. Ia boleh diterajui oleh tanda-tanda melalui persekitaran dan ruang lingkup sebuah masyarakat melalui corak kehidupan serta rentak pergerakan yang menelusuri alam serta budaya masyarakatnya secara lebih saintifik. |
References |
1. Abdurrohman, M. (2015). Memahami makna-makna simbolik pada upacara adat sedekah laut di desa Tanjungan Kecamatan Kragan Kabupaten Rembang, VII, 27–34.
2. Ahmadi, D. (2005). Interaksi simbolik: suatu pengantar. Mediator, 9(2), 301–306.
3. Al-Maragi, A. M. (2000). No tafsir Surah al-Fatihah, 43–72.
4. Othman, A. (2008). Semiotik. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise.
5. Barrett, T. (1994). Principles for interpreting art. National Art Education Association.
6. Gorlée, D. L. (2009). A sketch of peirce’s firstness and its significance to art 1, 37(November 2008).
7. Huhtamo, E. (2003). Visual communication and semiotics, 1–16. Retrieved from http://www.infoamerica.org/documentos_pdf/jacobson1.pdf
8. Ibrahim, F., Nuraeni, T., Ahmad, F., Kee, C. P., & Mustaffa, N. (2012). Bahasa komunikasi visual dan pengantaraan produk: satu analisis semiotik. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(1), 257–273.
9. Ives, T. S. (2001). Antony gormley: some of the facts, (September).
10. Johansen, J. D., & Larsen, S. E. (2002). Signs in use. Routledge. 8-101.
11. Culler, J. (2001). The persuit of signs: semiotic, literature, deconstruction 1st Edition. Routledge Classics.
12. Mudjiyanto, B., & Nur, E. (2013). Semiotika dalam metode penelitian komunikasi, semiotics in research method of communication, 16(1), 73–82.
13. Nurul Aini, A. (2013). Analisis semiotik terhadap novel Laskar Pelangi karya Anrea Hirata sebagai alternatif bahan pengajaran sastra di SMA., 1, 80–86.
14. Pernau, M. (2014). Space and emotion: building to feel, 7, 541–549.
15. Sikana, M. (2001). Teori semiotik: tanda bahasa dan wacana sastera. Jurnal Bahasa, Jilid 1, Bil. 2, Jun, hlm. 202.
16. Yusof, Norizan., & Abd Wahab, M. N. (2016). Meditasi surah al-Fatihah melalui ujian biofeedback dalam mengurangkan tekanan remaja bermasalah di Institut Latihan Teknikal. 2nd. International Social Development Conference 2016, (August), 666–672. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |