Eksperimentasi teknik tritik dalam pembelajaran mereka corak tekstil batik
Type
Article
Main Author
Ramli Harozila, Said Tajul Shuhaizam, Jamaldin Siti Salwa,
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
ISSN
2289-4640
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2017
Full Text
Kajian ini mengaplikasikan teknik tritik melalui pembelajaran dalam mereka corak batik. Tritik adalah satu teknik yang hampir sama dengan batik ikat dan celup, hanya membezakan dua teknik ini adalah dari aspek jahitan benang pada fabrik bagi menampakkan kesan corak yang lebih elegan dan menarik Penelitian kajian ini dilakukan secara kualitatif. Fokus utama penelitian ini adalah penghasilan karya menerusi studio praktis. Penelitian ini melibatkan observasi langsung, temubual secara tidak berstruktur dan disertai dengan pengumpulan hasil karya. Dapatan kajian mendapati, bahawa eksperimentasi teknik tritik dalam pembelajaran mereka corak tekstil batik sangat efektif dengan penemuan kesan estetik pada permukaan fabrik. Ciri- ciri khas kesan ragam hias yang dihasilkan adalah seperti, rupa garis yang terbentuk dari sekumpulan titik dan tampak terputus-putus, serta rupa tekstur tiga dimensi. Hasil kajian ini juga mendapati kualiti fabrik, kuantiti warna dan pola jahitan adalah amat mempengaruhi penghasilan reka corak Tritik. Semua kompenen ini saling berkait rapat dalam memastikan kesan rekaan corak tritik itu lebih menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.
References
1. Ainon& Abdullah. (1994). Teknik Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
2. Collier.B. J, Tortora. P. G. (2001) .Understanding Textiles. New Jersey: Dave Garza Upper Saddle River.
3. Corbman. (1998). Textile Fiber to Fabric.NewNork: McGraw Hill Book Company.
4. Eh Ah Meng. (1998). Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
5. Hestri Wulansari (2005). Tesis PhD: Perancangan Teknik Tritik Dengan Penambahan Struktur Tenun Sebagai Pelengkap Busana. Surakarta: Universitas Sebelas Maret Surakarta.
6. Ira Dhyani Indira (2009). Batik Ceria. Jakarta: Puspa Swara
7. Jennifer Harris. (1995). 5000 Years of Textiles. London: British Museum Company Ltd.
8. Kamus Inggeris- Melayu Dewan. (1992). Kuala Lumpur: DBP.
9. Kate Wells. (1997). Fabric Dyeing & Printing. London: Conran Octopus Limited
10. Max Dessoir (2010). Aesthetics and Theory of Art. Wayne State: University Press.
11. Mohd Johari Ab Hamid et al (2006). Metodologi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
12. Zakaria Ali (2013). Kuliah Estetik, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
13. Zakaria Ali (2013). Teori-teori Seni, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.