UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :JA Political science (General)
ISSN :2232-0660
Main Author :Musa Kamarudin, Saad Norizan, Tamby Chek Ibrahim, Mahdinezhad Maryam,
Title :Proses pendidikan sumber kerangka perpaduan dan pembinaan moral jati diri bangsa dalam konteks penganalisisan sosio politik
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Pendidikan merupakan penentu kepada pembangunan bangsa dan pembentukan kesatuan sosial. Penekanan kepada proses pendidikan yang berkait dengan kepentingan ideologi dan falsafah negara bangsa, merupakan hakikat yang sewajarnya dilakukan secara bermakna. Pemerkasaan proses pendidikan sewajarnya bersumberkan kepada semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. Perbincangan dilakukan secara konstruktif kontekstual berdasarkan pendekatan sosio-politik-historis dengan meneliti dokumen-dokumen yang menjadi sumber kepada pembentukan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara, merangkumi Perlembagaan Negara, Akta Pendidikan 1996, Akta Pengajian Tinggi dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 serta Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan dokumen-dokumen berkaitan dengan dasar sosial negara. Terdapat lima dimensi konstruk yang dijadikan pembolehubah kerangka analisis, iaitu; Pendidikan Vernakular pelbagai budaya, Kerangka dasar idenititi nasional, Bahasa Melayu dalam realiti pendidikan negara, Liberalisme bahasa pendidikan swasta dan Pendidikan pelebaran jurang perpaduan. Proses pendidikan mempunyai impak ke atas perpaduan dan pembinaan moral jati diri bangsa. Pembentukan dasar dan pelaksanaan dasar adalah untuk membentuk secara konstruktif inspirasi nasional, berhubung pemantapan jati diri bangsa. Adanya ketidakpatuhan, berpunca pertentangan di antara hasrat yang didokumen dengan proses politik. Proses pendidikan yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada jati diri bangsa serta pengikat kesatuan sosial telah terdedah kepada unsur manipulasi politik yang menimbulkan pertelagahan sosial. Kesatuan ideologi serta keutuhan kesatuan sosial merupakan teras kepada pembinaan perpaduan serta kemantapan jati diri bangsa. Proses pendidikan seharusnya dilaksanakan dengan mengambil kira aspirasi yang tertulis dalam setiap dokumen yang dizahirkan sebagai kerangka pembentukan dan pelaksanaan dasar negara. Memungkiri keperluan yang diwujudkan, tentunya mempunyai implikasi terhadap usaha membentuk negara bangsa yang berdiri di atas landasan norma yang berpaksikan kekuatan akal budi serta keutuhan keperibadian.

References
1. Abdul Aziz, H., & Mansor, N. (2013). Persepsi tenaga akademik di institusi pengajian tinggi terhadap kemampuan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama Ilmu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 41-48. 2. Ahmad M. I., Stapa, Z., Othman, M., & Yaacob, M. (2012). Islam dalam pendidikan dan hubungannya dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu di Malaysia. Jurnal Hadhari Special Edition, 37-50. 3. Hassan, A. (2016). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Amer, S., Mohammad Redzuan, O., Zulkarnain, A., & Rosmadi, F. (2011). Politik etnik Malaysia: analisis pasca pilihan raya umum ke-12 mengenai sokongan bukan Melayu kepada UMNO dan PAS. Malaysia Journal of Society and Space, 18-27. 5. Arshad, A. R. (2007). Unity and education in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Bernama. (2017, February 27). Free Malaysia Today. Retrieved from http://www.freemalaysiatoday.com: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/27/kerajaan-salur-rm565-juta-kepada-sekolah-cina-sejak-2009/ 7. Bohari, H. (2015). Dasar ekonomi baru: kesan sosio ekonomi di daerah Manjung Perak. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 8. Cheween, L. (2015, January 9). The Rakyat Post. Retrieved from http://bm.therakyatpost.com: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/09/tambah-bilangan-pelajar-bukan-cina-di-sekolah-cina/ 9. David, M. K., McLellan, J., Meng, N. Y., Le, L. M., & Tien, E. Y. (2010). Ethnic relations and nation building: the way forward. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre. 10. Embong, A. R. (2004). Globalisation culture & inequalities. Kuala Lumpur: Penerbit UKM. 11. Embong, A. R. (2007). Rethinking ethnicity & nation bulding: Malaysia, Sri Lanka & Fiji in comparative perspective. Kajang: Persatuan Sains Sosial Malaysia. 12. Hassan, A. (2007). Mengapa kami bantah penggunaan bahasa Inggeris dalam mengajarkan Sains dan Matematik. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. 13. Hassan, A., & Borhan, Z. A. (2015). Kami Bantah DLP. Kuala Lumpur: PTS Akademia. 14. Sufean, H. (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Ibrahim, A. R. (2015). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 16. Jamaluddin, M. K. (2011, April 1). Sosio Humanika. Retrieved from http://www.academia.edu: http://www.academia.edu/1803174/Sistem_Pendidikan_di_Malaysia_Dasar_Cabaran_dan_Pelaksanaan_ke_Arah_Perpaduan_Nasional 17. Jambi, J. (2008). Cabaran dan proses pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 68-90. 18. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 19. Kerajaan Malaysia. (2014). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kuala Lumpur: International Law Service. 20. Kerajaan Malaysia. (2014). Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Kuala Lumpur: International Law Books Services. 21. Kheng, C. B. (2007). Malaysia: envisioning the nation at the time of independence. Dlm. A. R. Embong, Rethinking Ethnicity & Nation-Building: Malaysia, Sri Lanka & Fiji in Comparative Perspective (pp. 40-56). Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia. 22. Low, Y. (2000). Pola politik Cina di Semenanjung dalam tahun 1990an. Serdang: Universiti Putera Malaysia. 23. Malaysia, Kerajaan Malaysia. (2014). Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services. 24. Mat Jali, M., Besar, J., Sidek, A., Ibrahim, Y., Nor Aziah, M., & Ismail, K. (2012). Politik pembangunan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Air, Sarawak. Malaysia Journal of Society and Space, 88-97. 25. Mohd Ghazali, M. Z. (1990). Dasar ekonomi baru: kelemahan dan penyelewengan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 26. Othman, M. Y., Dakir, J., Samian, A. L., Hashim, M. S., Awal, N. A., Yahya, S. A., Bakar, M. A. (2012). Jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Jurnal Hadhari, 67-78. 27. Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan. International Journal of Education and Training, 1-10. 28. Peng, C. F. (2008). Tahap penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa/i IPTA dan IPTS dalam sistem pendidikan negara. Jurnal Pengajian Melayu, 16-36. 29. Razak, M. R. (2009). Pembinaan negara bangsa: peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. JEBAT, 90-106. 30. Sabri, A. Z., Abu, R., & Hamzah, N. H. (2014). Religion, ethnicity and national identity: an analysis of the Islamic experience in a multi-ethnic and multi-religious Malaysian society. The International Asian Research Journal , 51-62. 31. Soong, K. K. (2008). 13 Mei Dokumen-dokumen deklasifikasi tentang Rusuhan 1969 Malaysia. Petaling Jaya: Suaram Komunikasi. 32. Sua, T. Y. (2009). Perkembangan pendidikan di Malaysia: peranan Lim Lian Geok dan Aminuddin Baki. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 139-166. 33. Tan, Y. S. (2010). Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa dalam sistem pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. 34. Toti, Z., Amir, R., & Rahman, S. (2014). Pembinaan instrument jati diri pelajar sekolah menengah di Malaysia. Social Sciences Research (pp. 664-672). Kota Kinabalu: World Conference net. 35. Yusof, W. A., & Borhan, Z. A. (1985). Ideologi dan kebudayaan kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya. 36. Zubir, Z., Rahim, N. A., Zulkifli, N. S., & Yusuf, W. S. (2012). Globalisasi, Bahasa Melayu dalam Arus globalisasi: keutuhan jati diri dan kekuatan budaya Melayu. Journal of Human Development and Communication, 129-135.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.