UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN :1823-6812
Main Author :- Djusmalinar,
Title :Pengajaran dan pembelajaran Mass-Media di IPTA Thailand : satu peluang kerjaya bagi mahasiswa
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Pengajaran Bahasa Melayu (BM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Selatan Thailand telah bermula semenjak tahun 1982, khasnya di University Prince of Songkla. Berdasarkan kurikulum yang dirancangkan, pada peringkat awal, para graduan hanya disiapkan untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai guru mata pelajaran BM. Semenjak tahun 2007, objektif kurikulum tersebut menerima perubahan berdasarkan perkembangan teknologi maklumat dengan menyenaraikan beberapa kursus yang ada kaitan dengan mass-media atau media massa. Kajian ini difokuskan pada kursus mass-media kerana dalam tempoh sepuluh tahun pertama (2007-2017) dilaksanakan, didapati ramai pelajar yang berminat mengikuti kursus ini. Hasil pembelajaran dan pengajaran kursus juga telah dinilai oleh pelajar sendiri melalui sistem dalam talian yang disediakan melalui https://mis1.pn.psu.ac.th/neomis/ eval/eval_main.php?sp_lec=yes. Hasil penilaian tersebut seterusnya dijadikan data kajian untuk merumuskan pembelajaran BM yang berkesan di peringkat IPTA, Thailand. Dapatan kajian menunjukkan bahawa medium yang digunakan pelajar mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran. Kaedah praktikal atau latihan kerja dan aras pembelajaran yang berkesan memberi peluang kepada pelajar untuk berani turun ke lapangan menghadapi cabaran dunia nyata dalam beberapa jenis kerjaya; sama ada sebagai juruhebah, wartawan atau pemberita mahupun sebagai penterjemah dan seumpamanya.

References
1. Ab. Razak Ab. Karim & Mhd. Saiful Haq bin Hussin. (2011). Tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar di Islamik Santitham Foundation School. Jurnal Pengajian Melayu Universiti Malaya, Vol. 22, 18- 44. 2. Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pendeta: Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, Vol. 6, Issue 1, 98-117. 3. Djusmalinar. (2013). Praktikal bahasa: Pembelajaran bahasa Melayu di IPT Selatan Thailand. Artikulasi: Jurnal Kajian Bahasa dan Sastra Indonesia, Vol. 12, No.1, 106-114. 4. Mohd. Majid Konting. (2009). Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Moleong, Lexy. (2007). Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Remaja Rosda Karya. 6. Norul Haida Rezuan. (2012). Pembelajaran secara koperatif dalam kelas bahasa Melayu. Pendeta: Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, Vol. 3, Issue 1, 52-70.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.