UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Penguasaan kemahiran abad ke-21 merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh pihak Kementerian Pendidikan Singapura bagi mempersiapkan diri murid-murid bersaing secara global pada masa hadapan. Kemahiran menginterpretasi bahan visual merupakan salah satu kemahiran dan kecekapan yang perlu dikuasai oleh murid kerana mereka terdedah kepada bahan-bahan visual dan imejan-imejan dalam kehidupan seharian. Satu uji cuba dan Kajian Pembelajaran telah dijalankan untuk menilai keberkesanan pengajaran bahasa berasaskan Literasi Visual. Satu pelajaran kefahaman yang menggunakan bahan visual ‘Garis Waktu’ (Timeline) telah dijalankan bagi murid Darjah 3 dan 1 pelajaran peribahasa yang menggunakan bahan visual kartun telah dijalankan dalam uji cuba dan kajian pembelajaran ini bagi Darjah 5. Strategi Pengajaran Secara Eksplisit telah digunakan dalam menjalankan sesi pengajaran ini. Dapatan dari data-data yang mengukur kepuasan dan keupayaan mengikuti sesi pengajaran ini menunjukkan bahawa 90% daripada murid dapat mengikuti dan memahami pengajaran yang disampaikan sementara data-data yang berkaitan dengan keupayaan menginterpretasi bahan visual dan menjawab soalan-soalan menunjukkan bahawa hanya 70% sahaja murid yang dapat menginterpretasi dan memahami bahan visual. Walau bagaimanapun, masih banyak yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kemahiran literasi visual pada masa hadapan. |
References |
1. Georgis C. et al. (1999). Children’s books: visual literacy’. The Reading Teacher, 53 (2):146-53.
2. Lapp, D., Flood, J., & Fisher, D. (1999). Intermediality: how the use of multiple Media Enhances Learning. Leading Teacher, 52(7). 776-780
3. Makin L. and Whitehead. M. (2004). How to develop children’s early literacy. London: Paul Chapman Publishing.
4. Stafford T. (2011). Teaching visual literacy in the primary classroom. Comic books. Film, television and narratives. Routledge: New York. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |