UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN :1823-6812
Main Author :Banseng Saripah, Sandai Rosline,
Title :Unsur bahasa kiasan metafora dalam Sampi Iban
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Sampi atau mantera merupakan puisi tradisional kaum Iban dalam kategori invokasi yang berfungsi sebagai permohonan doa untuk mendapatkan pertolongan atau perlindungan. Kata-kata dalam sampi yang dilafazkan kepada Petara (Dewa-dewi) digayakan dengan bahasa kiasan metafora menambahkan lagi keindahan seni berpuisi dikalangan masyarakat Iban. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur-unsur yang membentuk bahasa kiasan metafora dalam mantera perhumaan (sampi umai) masyarakat Iban. Berasaskan pendekatan secara kualitatif, kaedah deskriptif digunakan untuk mengkaji dua buah sampi perhumaan yang diambil daripada buku Sampi Enggau Biau. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis bahasa kiasan yang terdapat dalam sampi. Dapatan kajian menunjukkan bahasa kiasan sampi terdiri daripada unsur alam seperti tumbuhan, haiwan, dan manusia, yang disesuaikan dengan unsur bukan alam yang dicipta dan menjadi budaya dalam kehidupan mereka. Unsur-unsur ini digunakan untuk menyatakan warisan tradisi, merendahkan diri, persembahan sajian (piring), kehebatan perwira, kecantikan wanita dan hasil padi. Implikasi kajian ini menunjukkan penggunaan unsur alam dan bukan alam dalam bahasa kiasan metafora menambahkan pengetahuan pengamal tentang kemahiran berbahasa.

References
1. Abu Hassan Abdul & Mohd. Rasdi Saamah. (2011). Unsur haiwan dalam peribahasa masyarakat asli suku kaum Semai. PENDETA - Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, 2(1): 152-169. 2. Asmah Haji Omar. (2005). Budaya dan bahasa kiasan. PENDETA- Jurnal Peradaban Melayu, Vol 3 dalam penerbit.upsi.edu.my/website_e-jurnal/jurnal%20site/.../bab1.html. 3. Ding, C. M. (2009). Beberapa sifat, asal usul dan kepengarangan peribahasa Melayu. Sari – International Journal of the Malay World and Civilisation. 21(2), 3-26. 4. Fraenkel, Jack, R. & Wallen, Norman, E. (1993). How to design and evaluate research in education. Singapura: McGraw-Hill Inc. 5. Goh, S. S. (2010). Persamaan lambang dalam terjemahan peribahasa bahasa Melayu-bahasa Mandarin dalam Looi Siew Teip et al. (eds). Found in translation. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 6. Hashim Awang, A. R. (1998). Budaya dan kebudayaan: teori, isu dan persoalan. Kuala Lumpur: Citra Budaya. 7. Lakoff, G. & Johnson, M. (1980). Metafore we live by. The University of Chicago Press. 8. Leornad, L. Jugah, Sutlive, V. H. & Edmund, L. Saga. (2011). Bup sereba reti Jaku Iban. Tun Jugah Foundation. 9. Lockard, G. A. & Saunders, G. E. (1992). Sarawak purba: Satu kajian bergambar. Pustaka Universiti Pendidkan Sultan Idris. 10. Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2006). Beberapa aspek tamadun Melayu, India, Cina dan Jepun. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 11. Phang, W. H. et al. (1983). A guide to the botanic gardens jungle. Pusat Sains Singapura. ISBN 9971-88-010-5. 12. Resa Sindi Harja. (2014). Bentuk dan makna peribahasa bahasa Indonesia yang terbentuk oleh unsur tumbuhan, jenis-jenis tumbuhan, dan hal-hal yang berkaitan dengan tumbuhan. Jurnal Bahtera Sastra: Antologi Bahasa dan Sastra Indonesia, 2(2). 13. Saleh, R. M. & Ensiring, J. (2001). Sampi enggau biau. Kuching: Tun Jugah Foundation. 14. Sandai, R. (2011). A survey on problems faced by Iban language secondary school teachers. The HEAD Foundation. Routledge Critical Studies in Asean Education. 15. Showren, T. (2014). Oral traditions: Method to adoptation of construction of the history of non-literate tribes. International Journal of Social Science and Humanity, Vol. 4, No. 6, 478-481. 16. Turner, I. M. (2010). New species of Polyalthia (Annonaceae) from Borneo and their relationship to Polyalthia cauliflora. Nordic Journal of Botany. 28, 267–279. doi: 10.1111/j.1756-1051.2009.00627.x 17. Zaitul. A. Z. H., & Ahmad F. M. H. (2011). Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(1), 31-51

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.