UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :DS Asia
ISSN :1985-496X
Main Author :Ibrahim Johan Afendi, Abdul Razak Norhanim, Ahmad Mohamad Zaki,
Title :Terusan Wan Muhammad Saman (1895-2015) : tinggalan sejarah dan potensinya sebagai sebuah produk pelancongan (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Terusan Wan Muhammad Saman merupakan satu peninggalan sejarah yang amat signifikan terhadap pembangunan ekonomi Negeri Kedah. Ia sering menjadi bahan perbualan dalam kalangan masyarakat kerana kisah pembinaan dan sumbangannya terhadap masyarakat sekitar. Walaupun begitu, akibat peredaran masa, imej dan sejarahnya semakin dilupakan oleh masyarakat. Bagi memastikan Terusan Wan Muhammad Saman terus diingati, satu kajian dilakukan untuk mengenalpasti potensinya dijadikan sebagai produk pelancongan di Negeri Kedah di samping mengemaskini maklumat berkaitan sejarah dan keadaan semasa terusan ini. Pengumpulan data dilakukan menggunakan pelbagai kaedah seperti membuat rujukan daripada sumber sekunder, temu bual bersama pihak berkepentingan meliputi agensi awam, imam masjid dan ketua kampung yang tinggal di sepanjang terusan, Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah selain melakukan pengamatan di tapak. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan kepada percambahan ilmu, mencungkil maklumat terkini berkaitan terusan yang tidak pernah diketahui sebelum ini, mengenal pasti tinggalan sejarah yang berpotensi dijadikan sebagai produk pelancongan dan isu-isu yang dihadapi dalam memelihara sumberjaya warisan ini.

References
1. Ab Latif Ibrahim. (1991). Tanaman Padi di Negeri Kedah dan Hubungannya dengan Sumber Air: Satu Tinjauan Daripada Perspektif Sejarah. Jurnal Kajian Malaysia, 11(2), 53-67. 2. Afifuddin Haji Omar. (1981). Penanaman Padi di Kedah: Sejarah Peranan dalam Ekonomi Negeri Kedah. Konvensyen Sejarah Negeri Kedah. Alor Setar: Kerajaan Negeri Kedah. 3. Azmi Bakar. (2015). Terusan Wan Muhammad Saman, Alor Setar, Kedah. Temu bual, 9 Jun. 4. Baharuddin Abdul Majid. (1979). Wan Mohammad Saman bin Wan Ismail 1870 – 1898. Kedah Dari Segi Sejarah: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah,1(8), 1-23. 5. Ismail Haji Saleh. (2001). Wan Muhammad Saman Wan Ismail: Dato’ Perdana Menteri Kedah 1870 – 1898. Alor Setar: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah. 6. Jabatan Pemetaan Negara (1996). Semenanjung Malaysia: Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Jabatan Pemetaan Negara. 7. James, F. A. (1996). Kedah Zaman Silam. Alor Setar: Muzium Negeri Kedah Darul Aman. 8. Mohamed Roselan Abdul Malek. (1998). Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Kedah Darul Aman. Petaling Jaya: Oscar Book International. 9. Mohamed Zahir Haji Ismail. (1988). Sungai Korok Wan Mat Saman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10. Omar Abdullah. (1974). Terusan Wan Mohd Saman: Teknoloji Sebelum Teknologi. Mastika, November 1974. 11. Saad Taib. (1994). Terusan Wan Mohd. Saman. Dewan Budaya, Februari 1994. 12. Shuhada. (1997). Siri Satria Negara: Wan Mat Saman, Pembina Terusan. Kuala Lumpur: VC Book Co. Sdn. Bhd. 13. Wan Ibrahim Wan Soloh. (1972). Wan Mohammed Saman Canals and Other Canals. Alor Setar: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. 14. Wan Shamsudin Wan Yusof. (2014). Terusan Wan Muhammad Saman, Alor Setar, Kedah. Temu bual, 10 April. 15. Wan Shamsudin Wan Yusof. (2012). Bicara Tokoh: Dato’ Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail, Perdana Menteri Kedah Darul Aman 1870 – 1898. Seminar Bicara Tokoh di Maktab Rendah Sains Mara, Merbok.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)