UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :H Social Sciences (General)
ISSN :1985-496X
Main Author :Ambotang Abdul Said, P. Tandra Birma, Andin Christina,
Title :Hubungan personaliti guru besar dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja guru
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan personaliti Guru Besar dan Iklim Sekolah terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah. Seramai 127 orang guru dari empat buah Sekolah Rendah Zon Apas, Tawau telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana data dikumpul menerusi soal selidik yang telah diadaptasi dari Big Five Inventory Scale (BFI) dan Job Descriptive Index (JDI) yang telah diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 17.0. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru dari segi pendapatan, rakan sekerja, kepimpinan sekolah dan peluang kenaikan pangkat dalam kalangan guru. Dapatan kajian menunjukkan personaliti dalam kalangan Guru Besar Zon Apas berada pada tahap yang positif berdasarkan nilai skor min yang diperoleh manakala tahap iklim sekolah dan kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja guru berdasarkan pengalaman mengajar. Kepuasan kerja menunjukkan bahawa guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun mempunyai kepuasan bekerja yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang mengajar selama 10 tahun dan ke bawah. Berdasarkan analisis korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Guru Besar dan Iklim Sekolah terhadap kepuasan kerja guru.

References
1. Ab. Aziz Yusuf (2003). Gelagat Organisasi, Teori, Isu dan Aplikasi . Kuala Lumpur. Pearson (M) Sdn. Bhd. 2. Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim. (2011). Bagaimana Memotivasi Pelajar. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 3. Davis, Keith dan J. W. Newstorm, (2001), Perilaku Dalam Organisasi , Diterjemahkan oleh Agus Dharma, Erlangga, Jakarta. 4. Kamaruzzaman. (2005) From Islamic Revivalism to Islamic Radicalism in Southeast Asia: A Case of Malaysia. In Culture, Identity, and Religion in Southeast Asia, edited by Alistair D.B.Cook, 69-87. Newcastle: Cambridge Scholars Publishing. 5. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 – 2025). 6. Khairul Abidin Nuar (2014). Utusan Malaysia, Kualiti Guru Penentu PPPM, 14 Mac : 13 7. Nurjannah Fatin Amirah Kariming. (2014). Personaliti Guru dan Iklim Sekolah Terhadap Kepusan Kerja Guru Tingkatan 6 Zon Pantai Timur Sabah. Universiti Malaysia Sabah (tidak diterbitkan). 8. Poppleton E. L (2010). Evaluating the effectiveness of cognitive-behavioral teletherapy in depressed adults. Behavior Therapy. 9. Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah. (2004). Psikologi. Ed 2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill 10. Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid (2006), Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Jilid 31, (53-69)

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.