UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :PC Romance languages
ISSN :1985-496X
Main Author :Mohd Nor Mariyati, Mohd Ariff Albakri Intan Safinas,
Title :Kesilapan penggunaan kata adjektif bahasa Sepanyol dalam penulisan karangan pelajar Melayu di universiti
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Kajian ini merupakan kajian analisis kesilapan yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kesilapan kata adjektif yang dilakukan oleh pelajar Melayu dalam penulisan karangan bahasa Sepanyol. Aspek kesilapan yang menjadi fokus adalah penggunaan kata adjektif dalam bahasa Sepanyol merangkumi pembentukan dan penggunaanya dalam ayat. Pelajar sering keliru dengan bentuk kata adjektif yang pelbagai berdasarkan gender dan bilangan. Kajian ini dilakukan dengan tujuan mengenal pasti jenis kesilapan dalam aspek morfologi oleh pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama yang mempelajari bahasa Sepanyol di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan menentukan punca kesilapan yang dilakukan. Untuk mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan teori analisis kesilapan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang pelajar UPSI yang mempelajari bahasa Sepanyol pada tahap satu iaitu tahap paling asas. Hasil kajian mendapati majoriti responden membuat kesilapan disebabkan struktur ayat bahasa Sepanyol dengan struktur ayat bahasa Melayu yang berbeza. Selain itu, hasil kajian dapat disimpulkan bahawa pelajar akan mudah belajar sesuatu bahasa sekiranya bahasa yang dipelajarinya memiliki persamaan bentuk atau sistem dengan bahasa pertamanya atau bahasa ibundanya. Sebaliknya, jika sistem atau bentuk tersebut berbeza, maka pelajar akan mengalami kesukaran dan kesulitan sepanjang proses pembelajaran. Seterusnya didapati punca para pelajar melakukan kesalahan dalam pembelajaran bahasa Sepanyol adalah disebabkan pengaruh sistem bahasa ibunda pelajar iaitu BM dan pengaruh bahasa kedua iaitu B1. Dengan itu, penyelidik mengemukakan beberapa pendekatan dan cadangan dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing di Malaysia.

References
1. Alicio, A. (1996). Constructive analysis and error analysis: the verbal system of Malay and Spanish. Ph. D. Thesis, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2. Asmah Hj. Omar. (1980). Nahu Melayu terakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Choi Kim Yok. (1986). Essai de recherche en analyse contrastif et en analyse d‟erreur: Les systèmes morphologique du Français et du Malais, PhD Thesis, Universiti Sorbonne Nouvelle: Paris. 4. Corder, S.P. (1967). The significance of learners` errors. International Review of Applied Linguistics, 5, 161-169. 5. Corder, S.P. (1981). Strategies of communication. in C. Faerch & G. Kasper (Eds). Strategies in inter language communication. London: Longman. 6. Corder, S.P. (1974). Error analysis dalam J.P.B. Allen and S. Pit Corder (ed.s) techniques in applied linguistics. The Edinburgh Course in Applied Linguistics: 3. London: Oxford University Press. 7. Ellis, Rod. (1994). The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University Press. 824pp. 8. Fuller E, Graham. (1987). How to learn a foreign language.Washington: Storm King Press. 9. Gass, S.M. & Selinker, L. (2008). Second language learning; an introductory course. New York & London. Routledge. 10. Harding, E. and Riley. P. (1986). The bilingual family. Winter Ventures: USA. 11. Hazlina Abdul Halim dan Mohd Azidan Abdul Jabar. (2011). Kesilapan penambahan dan pengurangan dalam pemerolehan gender gramatikal dalam kalangan pelajar bahasa Perancis dalam Lingua 3: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 12. Hazlina Abdul Halim. (2013). Analisis kesilapan dan strategi pembelajaran gender gramatikal bahasa Perancis. GEMA Online Journal of Language Studies, 13 (1). 13. Konishi, T. (1991). Language and thought: a cross-cultural study on the connotations of gender. Dissertation Abstracts International. 14. Lyons, J. (1968). Introduction to theoritical linguistics. Cambridge: Cambridge University Press. 15. Lado. R. (1957). Language across culture: applied linguistics for English teachers. Ann Arbor: Chicago of Michigan Press. 16. Mariyati Mohd Nor. (2015). Perbandingan bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol dengan bahasa Melayu dalam penulisan pelajar IPTA. Tesis Ph.D yang tidak diterbitkan. Serdang UPM. 17. Oller, J. & Ziahosseiny, S. (1970). The contrastive analysis hypothesis and spelling errors. Language learning, 20, 183-189. 18. Radhiah Ismail. (2004). Penguasaan kata ganti nama diri bahasa Sepanyol di kalangan pelajar Melayu, MA Thesis, Universiti Malaya. 19. Richard, J. (1972). Error analysis and second language strategies. Language Science. Vol 17, 12-22. 20. Roshidah Hassan. (2010). Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dan bahasa Perancis: satu analisis kontrastif dan analisis kesilapan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 21. Salina Husain. (2010). Penggunaan konjugasi kata kerja bahasa Sepanyol dan perbandingannya dengan bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 22. Siti Aishah Ashari. (2005). Kata adjektif bahasa Melayu-Arab: satu analisis kontrastif, MA Thesis, Universiti Malaya. 23. Yamin-Ali, J. (2011). Translating concerns into action in the foreign language classroom. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(2).

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.