UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QH Natural history
Main Author :Samatowa, Usman
Title :Kesan penggunaan model inovasi Herbarium dalam pembelajaran ilmu pengetahuan alam (IPA) sekolah rendah (IR)
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mengkaji kesan penggunaan Model Inovasi Herbarium (MIH) dalam pembelajaran Ilmu Pengetahuan Alam (IPA) sekolah rendah. Penyelidikan bertujuan mengenal pasti dan mengkaji kesulitan, amalan dan harapan guru IPA sekolah rendah. Di samping itu, penyelidikan ini juga bertujuan menyiasat penyoalan guru, pelaksanaan amalan konstruktivis dan kesan penggunaan MIH ke atas pencapaian murid Tahun V. Pengumpulan data melibatkan empat jenis instrumen iaitu borang pemerhatian, protokol temu bual serta ujian pra dan pos. Sampel kajian untuk soal selidik terdiri daripada 40 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 20 buah sekolah. Sementara pemerhatian terhadap penyoalan guru dan amalan konstruktivis melibatkan 20 orang guru yang melaksanakan pengajaran menggunakan MIH bagi empat sesi pengajaran di mana setiap satu sesi mengambil masa empat minggu. Hasil kajian ini mendapati guru menghadapi kesulitan dalam melaksanakan pembelajaran IPA sekolah rendah meliputi cara pengajaran yang berpusatkan guru, akses kepada bahan sumber pembelajaran, latihan profesional, kandungan kurikulum yang agak padat dan perlu disemak semula. Analisis ANCOVA yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan signifikan (p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)