UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nurasyikin Abd Rahman
Title :Penilaian tahap kefahaman tentang rancangan pengajaran harian dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menilai tahap kefahaman Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH dalam kalangan pelajar bidang Sains dan Matematik dengan pelajar bidang Sains Kemanusiaan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH antara pelajar UPSI yang memperoleh gred A dalam latihan mengajar dengan pelajar yang gagal memperoleh gred A dalam latihan mengajar. Seramai 241 orang responden di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UPSI semester 8 bagi sesi 2014/2015 yang telah menjalani sesi latihan mengajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik K-RPH telah dibina berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam model Madeline Hunter dan model ASSURE. Analisis mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen berdasarkan model pengukuran Rasch mendapati instrument K-RPH mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Hasil analisis deskriptif menunjukkan para pelajar UPSI mempunyai tahap kefahaman RPH yang baik. Seterusnya, dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH yang signifikan antara pelajar bidang Sains dan Matematik dengan pelajar bidang Sains Kemanusiaan, di mana Kefahaman RPH pelajar bidang Sains dan Matematik adalah lebih baik. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap kefahaman RPH yang signifikan antara pelajar yang memperoleh gred A dalam sesi latihan mengajar dengan pelajar yang gagal memperoleh gred A dalam sesi latihan mengajar, di mana kefahaman RPH pelajar yang memperoleh gred A dalam sesi latihan mengajar adalah lebih baik. Kesimpulannya, kefahaman RPH pelajar UPSI adalah berada pada tahap yang baik. Implikasi kajian ini ialah kajian ini dapat membantu pensyarah menilai keberkesanan pengajaran serta membuat semakan kurikulum secara berterusan. Kesediaan bakal guru untuk melangkah ke bidang pekerjaan sebenar juga dapat dinilai.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.