UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HG Finance
Main Author :Muhammad Toriq Yaacob
Title :Pengurusan wang dalam kalangan pelajar diploma tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (IR)
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2018
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengurusan wang dalam kalangan pelajar program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat. Seramai 287 responden telah mengambil bahagian dan kaedah pensampelan rawak berperingkat telah digunakan sebagai kaedah pemilihan responden. Data dikumpul menggunakan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens iaitu analisis ujian-t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tahap pengurusan wang positif yang mana pelajar daripada kumpulan B40 mempunyai pengurusan wang yang lebih baik berbanding kumpulan yang lain. Dari segi pendapatan pelajar; sumber utama diperoleh daripada biasiswa, diikuti dengan pemberian ibu bapa, zakat, sedekah dan lain-lain jenis sumbangan. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar memperuntukkan 43.2% dari jumlah perbelanjaan bulanan mereka bagi tujuan pembelian makanan dan minuman. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa peruntukkan biasiswa telah berjaya disalurkan kepada pelajar dari golongan B40. Pengurusan wang yang baik membantu pelajar daripada berhadapan dengan masalah kewangan dan ini akan menyumbang kepada kejayaan pelajar menamatkan pengajian mengikut masa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.