UPSI Digital Repository (UDRep)

Keupayaan daya tampung fizikal dan sosio-psikologi: kajian kes pelancongan bandar di Johor Bahru

AVAILABLE Thesis 3139 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keupayaan daya tampung fizikal dan sosio-psikologi: kajian kes pelancongan bandar di Johor Bahru
Type
Thesis
Main Author
Jaya Kali Devi Periasamy
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengukur keupayaan daya tampung fizikal dan sosio-psikologi bagi Plaza Angsana, Stulang Laut dan Danga Bay di Johor Bahru. Data primer diperoleh melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual ringkas bersama responden. Seramai 367 orang pelancong dan pelawat domestik yang membuat kunjungan ke pusat pelancongan dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Keupayaan daya tampung fizikal bagi ketiga-tiga pusat pelancongan ini dikira berdasarkan formula yang dicadangkan oleh Ceballos. Keupayaan daya tampung dari segi sosio-psikologi pula diukur berdasarkan nilai min yang diperoleh daripada tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan. Ujian Kruskal-Wallis H digunakan untuk membandingkan persepsi antara tiga kumpulan responden berkenaan fasiliti yang disediakan. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga pusat pelancongan ini tidak mempunyai masalah dari segi keupayaan daya tampung fizikal berdasarkan formula yang diimplementasi. Sementara itu dapatan bagi keupayaan daya tampung dari segi sosio-psikologi, ketiga-tiga lokasi pelancongan menunjukkan responden mempunyai pandangan berbeza-beza terhadap fasiliti yang disediakan. Kajian ini menunjukkan pusat pelancongan bandar mengalami kekurangan dari segi nilai atribut sehingga gagal untuk menarik pelancong membuat kunjungan semula. Oleh itu, strategi pemasaran yang efektif perlu dilaksanakan agar tiga pusat pelancongan bandar ini mampu bertahan walaupun menghadapi persaingan yang sengit dari pusat pelancongan bentuk lain di Johor Bahru.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.