UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan menilai kesan Modul Permainan Kecil Berasaskan Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam latihan terhadap prestasi pemain bola jaring sekolah di Pahang. Penilaian adalah terhadap membuat keputusan pemilihan serta penggunaan strategi menyerang atau bertahan, dan pelaksanaan kemahiran hantaran, menerima, memintas, mengacah, menghalang. Penilaian juga dalam aspek motivasi, keyakinan, keperluan peribadi dan pemindahan pengetahuan tentang strategi serta taktikal dalam permainan kecil. Reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ialah 34 orang pemain pelapis bola jaring sekolah yang berumur 13 hingga 14 tahun. Instrumen kajian adalah Modul Permainan Kecil Berasaskan TGfU, borang penilaian prestasi dan persepsi nilai. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dan peningkatan prestasi lebih tinggi bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Analisis korelasi Pearson bagi ujian pra dan ujian pasca kumpulan eksperimen menunjukkan hubungan yang kuat, signifikan dan positif terhadap prestasi membuat keputusan tetapi hubungan yang sederhana, positif dan signifikan bagi prestasi pelaksanaan kemahiran. Majoriti pemain bersetuju bahawa modul tersebut dapat meningkatkan aspek motivasi, keyakinan, keperluan peribadi dan pemindahan pengetahuan tentang strategi dan taktikal dalam permainan kecil. Implikasinya, Modul Permainan Kecil Berasaskan TGfU dapat digunakan bagi meningkatkan prestasi pemain bola jaring sekolah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |