UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TD Environmental technology. Sanitary engineering
Main Author :Wee, Fhei Shiang
Title :Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak guna tanah terhadap status kualiti air tasik bekas lombong di Ipoh yang melibatkan tiga buah tasik iaitu Tasik Lahat, Tasik Kampung Temiang dan Tasik Kampung Tengku Hussein. Analisis perubahan guna tanah sebahagian Bandaraya Ipoh melibatkan tahun 1974, 1984, 1997, 2000 dan 2004. Kajian ini menggunakan kaedah analisis pemetaan dan pencerapan kualiti air selama 12 bulan bermula September 2015 hingga Ogos 2016. Parameter kualiti air yang diuji merangkumi BOD, COD, DO, NH3N, pH, SS, E. coli dan juga logam berat As, Cu, Pb dan Zn. Parameter ini turut dibandingkan dengan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya dipadankan dengan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) bagi menentukan kesesuaian pembangunan tasik. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang melibatkan teknik tindihan peta, buffer dan topologi digunakan bagi mengenal pasti perubahan guna tanah lombong. Dapatan analisis mendapati wujudnya pengurangan keluasan guna tanah hutan dan badan air dengan nilai 13.21 peratus dan 5.88 peratus berbanding keluasan guna tanah pertanian dan terbina yang mengalami peningkatan sebanyak 7.69 peratus dan 150 peratus. Nilai indeks kualiti air keseluruhannya adalah antara 76-92 peratus (Tasik Lahat), 71-86 peratus (Tasik Kampung Temiang) dan 67-90 peratus (Tasik Kampung Tengku Hussein). Kesemua tasik didapati tercemar dengan parameter BOD. Logam Cu turut berada pada tahap tercemar, namun masih menepati piawai KKM. Logam As dan Pb didapati wujud secara berterusan dan tidak melepasi tahap piawaian KKM manakala logam Zn pula hanya dikesan di Tasik Kampung Tengku Hussein pada November 2015. Secara keseluruhannya cerapan kualiti air menunjukkan status kualiti air yang bersih (Kelas II) dan ini membuktikan bahawa kesemua tasik sesuai dibangunkan aktiviti rekreasi air dan juga penternakan akuakultur. Perancangan pembangunan dan pemantauan kualiti air secara berterusan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan dapat mengekalkan kelestarian tasik pada jangka masa panjang dan juga meningkatkan fungsi penggunaannya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)