UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QP Physiology
Main Author :Zainuddin Awang
Title :Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen naik turun bangku untuk pengujian daya tahan kardiovaskular (IR)
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2018
Notes :Masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan instrumen naik turun bangku boleh laras yang dibina bagi menguji daya tahan kardiovaskular berdasarkan ketinggian sudut pinggul 82°, di samping mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan. Seterusnya instrumen ini ditadbirkan ke atas pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10, 11 dan 12 tahun di Tanjung Malim, Perak. Seramai 90 orang subjek dipilih secara rawak bagi ujian lapangan dan makmal menggunakan protokol Treadmill Bruce sebagai rujukan kriteria.Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan, kaedah uji ulang uji telah digunapakai. Manakala analisis Korelasi Pearson ProductMoment digunakan untuk melihat kesahan di antara ujian lapangan dan makmal. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan terdapat kebolehpercayaan yang tinggi bagi bangku boleh laras yang dihasilkan oleh penyelidik. Hasil kajian juga menunjukkan bangku sedia ada 12 inci tidak mempunyai kesahan yang tinggi bagi pelajar lelaki dan perempuan peringkat umur 10 dan 11 tahun, akan tetapi mempunyai kesahan yang sederhana bagi peringkat umur 12 tahun. Walau bagaimanapun dapatan kajian membuktikan bangku boleh laras mempunyai kesahan yang tinggi bagi semua peringkat umur. Justeru itu, penyelidik berpendapat bahawa penggunaan bangku boleh laras adalah lebih sesuai dan tepat digunakan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular pelajar sekolah rendah di Malaysia. Kajian lanjutan berdasarkan kaedah ini perlu dilaksanakan bagi peringkat umur 13 hingga 17 tahun supaya instrumen naik turun bangku dalam bateri ujian SEGAK dapat menguji daya tahan kardiovaskular pelajar dengan tepat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)