UPSI Digital Repository (UDRep)

Faktor penglibatan dan penolakan rokok, dadah, alkohol dan tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar tingkatan empat

AVAILABLE Thesis 1576 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Faktor penglibatan dan penolakan rokok, dadah, alkohol dan tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Type
Thesis
Main Author
Siththira Thevi Iyavoo
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor penglibatan dan penolakan penggunaan rokok, dadah dan alkohol serta tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar. Populasi kajian merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual semi-struktur dalam mendapatkan data daripada sampel kajian. Sejumlah 260 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 68.5% responden terlibat dengan sekurang-kurangnya salah satu kes yang dikaji. Penglibatan dengan tingkah laku seksual mencatat peratusan yang tertinggi terutamanya dalam kalangan responden perempuan. Tiada responden yang mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Punca yang paling kerap dinyatakan bagi tingkah laku merokok dan tingkah laku seksual ialah perasaan ingin tahu. Bagi pengambilan alkohol pula disebabkan ritual dan tradisi. Responden yang menolak penglibatan dalam sebarang salah laku pula menyatakan bahawa puncanya kerana ia tidak baik untuk kesihatan, ditakuti mendapat penyakit, larangan keluarga dan pandangan masyarakat. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar cenderung terlibat dalam salah laku kerana perasaan ingin tahu manakala pelajar menolak salah laku ini kerana kesedaran diri masing-masing. Beberapa saranan telah dikemukakan bagi golongan penyelidik, pembuat dasar, pihak sekolah dan kaunselor sekolah. Kajian ini memberi implikasi bahawa masalah berkaitan salah laku seks seperti kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan penyakit kelamin mungkin akan meningkat pada masa hadapan selaras dengan peratusan ketinggian penglibatan pelajar dalam kes ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.