UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan amali kimia hijau terhadap pengetahuan dan sikap pelajar tentang kelestarian alam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 43 orang pelajar kimia tingkatan empat. 23 orang dipilih untuk kumpulan kawalan dan 20 orang dalam kumpulan rawatan. Di samping itu kajian ini juga membandingkan pencapaian kedua-dua kumpulan pelajar dalam topik kadar tindak balas. Instrumen yang digunakan adalah ujian kelestarian alam, ujian bagi tajuk kadar tindak balas dan soal selidik sikap terhadap kelestarian alam. Tiga eksperimen kimia hijau ditadbir kepada kumpulan rawatan sebagai intervensi dalam tempoh empat minggu. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan pengetahuan tentang kelestarian alam yang signifikan. Sikap terhadap kelestarian alam pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Pencapaian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan rawatan. Analisis seterusnya menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara sikap dan pengetahuan kelestarian alam. Dan model regresi berganda mendapati pencapaian topik merupakan faktor peramal kepada sikap terhadap kelestarian alam. Kesimpulannya, amali kimia hijau didapati memberi kesan yang positif terhadap pengetahuan pelajar tentang kelestarian alam. Implikasinya, amali kimia hijau seharusnya diintegrasikan dalam amali kimia di sekolah supaya usaha-usaha memelihara kelestarian alam dapat dioptimakan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |