UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Muhammad Razuan Abdul Razak
Title :Kesan strategi persembahan multimedia dalam screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar berbeza gaya pembelajaran dan gaya kognitif (IR)
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2017
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesan penggunaan pelbagai strategi persembahan multimedia dalam screencast terhadap kemahiran praktikal pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran dan gaya kognitif berbeza. Empat strategi screencast yang dibangunkan ialah screencast dengan narasi, screencast dengan teks, screencast dengan narasi serta teks dan screencast sahaja. Keempat-empat strategi screencast tersebut diuji secara eksperimen kuasi, iaitu melalui ujian praktikal yang melibatkan ujian pra dan ujian pos. Seramai 233 orang pelajar semester 1 kursus Sijil Modular Kebangsaan Seni Produksi Animasi 2D/3D dari empat Kolej Komuniti dipilih sebagai sampel kajian. Ujian statistik ANCOVA dan ujian Bonferroni digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian secara kuantitatif. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian praktikal pelajar dalam kumpulan strategi screencast yang berbeza. Namun berdasarkan ujian berpasangan Bonferroni pula hanya strategi screencast dengan narasi dan screencast sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding pasangan strategi screencast yang lain. Hal ini juga didapati sama pada kumpulan pelajar dalam gaya pembelajaran aural dan gaya kognitif field dependent. Hasil analisis pada kumpulan pelajar dalam gaya pembelajaran visual dan gaya kognitif field independent pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keempatempat strategi screencast. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati penggunaan keempat-empat strategi screencast berpotensi membina kemahiran praktikal pelajar yang berbeza gaya pembelajaran dan gaya kognitif.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)