UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Faizah Jalal
Title :Nilai-nilai intelektual dalam drama Ismail Kassan (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :Doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini membincangkan Nilai-nilai Intelektual dalam Drama Ismail Kassan. Pengkaji telah menggunakan sepuluh drama Ismail Kassan sebagai teks kajian iaitu “Pelayaran Inderaputera II”, “Sabda Sang Pendeta”, “Syajar”, “Menanti Puteri Hijau”, “Istiqamah”, “Gelanggang Tuk Wali”, “Dejavu Seorang Perempuan”, “Kilung Musung”, “Kembang Cempaka Sari” dan “Bukan Dejavu”. Objektif kajian ialah mengenalpasti nilai-nilai murni berasaskan ciri-ciri watak baik dan intelektual dalam drama Ismail Kassan. Selain itu, menganalisis nilai-nilai intelektual berasaskan nilai-nilai murni dan ciri-ciri Aspirasi Murid dalam drama Ismail Kassan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif dan analisis teks dengan menggunakan teori Gagasan Persuratan Baru oleh Mohd Affandi Hassan yang menekankan prinsip watak-watak baik, yang mendokong ilmu dan kebijaksanaan. Nilai-nilai intelektual adalah berasaskan 17 nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Hal demikian bertitik-tolak daripada kejayaan drama-drama Ismail Kassan yang telah memenangi anugerah dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Selain itu, Ismail Kassan merupakan salah seorang penerima S.E.A Writes Awards Malaysia ke-34 pada tahun 2012. Masalah kajian ialah murid kurang memahami nilai-nilai intelektual yang terkandung dalam drama. Seterusnya, drama kurang dihayati kerana mempunyai kepelbagaian corak dan aliran yang menyebabkan murid-murid kurang berminat untuk mempelajari drama khususnya drama KOMSAS. Dapatan kajian menunjukkan nilai-nilai intelektual adalah berasaskan nilai-nilai murni dan ciri-ciri yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi. Implikasinya, kajian ini mendapati drama-drama Ismail Kassan dapat melahirkan generasi intelektual pada abad ke-21 dan mengangkat martabat kesusasteraan Melayu di tanah air khususnya genre drama ke peringkat antarabangsa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)