UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan modul bimbingan kelompok Choice Theory Reality Therapy terhadap amalan kepemimpinan murid sekolah berasrama penuh

LIMITED Thesis 785 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Kesan modul bimbingan kelompok Choice Theory Reality Therapy terhadap amalan kepemimpinan murid sekolah berasrama penuh
Type
Thesis
Main Author
Zakiah Shafiee
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
Doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan Modul Bimbingan Kelompok Choice Theory Reality Therapy (MBKCTRT) terhadap Amalan Kepemimpinan Murid Sekolah Berasrama Penuh (AKMSBP) berdasarkan sub-sub konstruk AKMSBP, jantina dan jenis sekolah. Selain itu, kesan MBKCTRT juga dinilai berdasarkan maklum balas daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan subjek kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi (ujian pra dan ujian pos) yang melibatkan 192 subjek kajian yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara teknik pensampelan rawak berpadanan. Lokasi kajian yang terlibat adalah SBP Premier, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan Sekolah Menengah Sains (SMS). Data ujian pra dan ujian pos diukur menggunakan Inventori Amalan Kepemimpinan Murid yang disesuaikan daripada Kouzes dan Posner. Inventori ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data kuantitatif dianalisis menggunakan SPSS secara deskriptif berdasarkan perbandingan min dan secara inferensi melalui ujian t, ANCOVA dan post hoc turkey pada nilai aras signifikan .05. Manakala, borang maklum balas guru dan subjek kajian dianalisis dengan menggunakan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan MBKCTRT mempunyai kesan secara signifikan terhadap AKMSBP dan semua sub konstruk berkenaan. Dapatan seterusnya menunjukkan tidak terdapat perbezaan kesan rawatan MBKCTRT terhadap AKMSBP berdasarkan jantina. Dapatan juga menunjukkan MBKCTRT didapati berkesan secara signifikan terhadap AKMSBP berdasarkan jenis sekolah. Seterusnya, MBKCTRT menunjukkan kesan yang positif berdasarkan maklum balas dari GBK dan subjek kajian. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan MBKCTRT berkesan terhadap amalan kepemimpinan murid SBP

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.