UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Tujuan – Membina satu instrumen untuk menilai murid membolehkan murid Tingkatan Dua membuat penilaian kendiri keatas pembelajaran geometri dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen berkenaan. Metodologi – Pembinaan instrumen adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu, kajian literatur, pembinaan instrumen kajian dan analisis kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang dibina adalah berbentuk rubrik dua lapis. Jadual Spesifikasi Instrumen digunakan dalam proses pembinaan item-item penilaian. Kemudian kesahan item disemak oleh panel pakar berkenaan. Data kuantitatif yang dikumpul dari kajian rintis dan kajian sebanar dianalisis dengan menentukan nilai pekali Cronbach Alpha. Pembinaan item merujuk kepada takrifan konstruk berasaskan kajian literatur. Kajian literatur menunjukkan terdapat lima konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada murid, kefahaman murid dalam geometri, gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan pengajaran guru. Sebanyak 79 item telah dibangunkan dalam instrumen ini.Kesemua lima panel pakar dalam bidang Pendidikan Matematik bersetuju bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang boleh diterima. Untuk menentukan pekali kebolehpercayaan instrumen, kajian ini telah dilaksanakan di tiga buah sekolah menengah dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 400 orang murid Tingkatan Dua dipilih sebagai sampel kajian. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS versi 20) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada hasil kajian. Dapatan – Kajian rintis dan kajian sebenar telah dijalankan dalam kajian ini. Tujuannya adalah untuk melihat kestabilan nilai Cronbach Alpha yang diperoleh melalui kajian rintis dan kajian sebenar. Bagi menentukan sama ada item yang dibina diterima atau disingkirkan, penyelidik membuat perbandingan nilai Cronbach Alpha jika item disingkirkan (Alpha If Item Deleted) bagi setiap item dengan nilai Cronbach Alpha bagi konstruk yang terlibat dalam instrumen tersebut. Selain itu, nilai Cronbach Alpha yang diperoleh daripada kedua-dua kajian diinterpretasi berdasarkan Jadual Nilai Kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi kelima-lima konstruk dalam kajian rintis berada antara 0.722 dan 0.945. Manakala, kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi kelimalima konstruk dalam kajian sebenar berada antara 0.813 dan 0.940. Tambahan pula, nilai keseluruhan Cronbach Alpha instrumen penilaian bagi kajian rintis dan kajian sebenar masing-masing menunjukkan 0.955 dan 0.946 yang berada pada tahap amat baik. Signifikan – Penghasilan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri yang berpandukan Model KIPP dapat membantu murid mengetahui tahap penguasaannya terhadap topik-topik geometri yang dipelajari dan berusaha untuk membaiki kelemahan dalam pembelajaran mereka.Instrumen penilaian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan guru dalam membantu perancangan strategi pembelajaran dan pengajaran topik geometri yang lebih berkesan. Instrumen penilaian kendiri ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi melihat sejauh manakah hasil pembelajaran topik Geometri Tingkatan Satu telah tercapai dengan optimum bersesuaian dengan sasaran dan tujuan pembelajaran itu sendiri. |
References |
1.
Abdul Halim, Lilia Halim, T. Subahan, Mohd Meerah & Kamisah Osman. (2010). Pembangunan instrumen penyelesaian masalah sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 35 -39.
2. Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. (2011). Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Journal of Science and Mathematics Educational,3, 134-149.
3. Aiso Heinze & Carl von Ossietzy. (2002). “…Because a square is not a rectangle…” Students’ knowledge of simple
geometrical concepts when starting to learn proof. Diperoleh daripada http://www.lettredelapreuve.org/OldPreuve/PME/
PME26/RRHeinze.pdf
4. Aysen Ozerem. (2012). Misconceptions in geometry and suggested solutions for seventh grade students. International Journal of New Trends in Arts, Sports & Science Education, 1(4), 23 – 35.
4. Azlina Mohd Kosnin & Lok Yian Lin (2010). Keberkesanan perisian geometer’s sketchpad untuk tajuk Pembinaan Geometri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/10239/2/Lok_Yian_Lin.pdf
5. Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli & Yusof Boon. (2010). Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik: sejauhmanakah hubungan ini relevan?. Diperoleh Mac 30, 2013 daripada http://eprints.utm.my/2355/1/
7. Aziziyahaya_Sumbang_Sikap_terhadap_matema tik.pdf
Azlina Mohd Kosnin & Suhaila Abdullah. (2008). Kesan kaedah pengajaran berbantukan geometer’s sketchpad terhadap pencapaian pelajaran dalam topik transformasi. Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (hal.1-6). Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
8. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai
Subramaniam. (2002). Reka bentuk perisian multimedia (1st
ed.). Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
9. Black, P. & Wiliam, D. (1998). Inside the black box: Raising standards through classroom assessment. Phi Delta Kappan, 80 (2), 139-148.
10. Borg, W. R., Gall, M. D., & Gall, J. P. (1993). Educational research.New Jersey: Prentice Hall.
11. Cagri Biber, Abdulkadir Tuna., & Samet Korkmaz. (2013). The mistakes and the misconceptions of the eighth grade students on the subject and angles. European Journal of Science and Mathematics Education, 1(2), 50 – 59.
12. Chien, M., Lee, C., & Cheng, Y. (2007). The construction of Taiwan’s educational indicator systems: Experiences and implications. Educational Research for Policy & Practice, 6(3), 249-259.
13. Chua Mei Kang, Teh Eng Kiat, Ooi Soo Huat &., Obaidillah Abdullah. (2011). Matematik Tingkatan 1. Johor Bharu: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
14. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan buku 1. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).
15. Crowley, M. L.(1987). The Van Hiele model of the development of geometric thought. Dalam Learning and Teaching Geometry (pp. 1-16). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics.
16. Gunawardena Egodawatte. (2010). A rubric to self-assess and peer-assess mathematical problem solving tasks of college students. Acta Didactica Napocensia, 3(1), 75-88.
17. Daniel J. H. (2007). The effects of self-assessment on student learning of mathematics. Diperoleh daripada http://etd. lsu.edu/docs/available/etd-07052010-214944/unrestricted/ Hotard_thesis.pdf
18. Kakoma Luneta. (2014). Foundation phase teachers’ (limited) knowledge of geometry. South African Journal Childhood Education, 4(3), 71-86.
19. Kartono (2010). Hands on activity pada pembelajaran geometri sekolah sebagai asesmen kinerja siswa. Diperoleh Mei 15, 2013 daripada http://journal.unnes.ac.id/nju/index.php/
kreano/article/view/219/228
20. Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan: Konsep dan prosedur. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013).Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
21. Kline, T. (2005). Psychological Testing: A practical approach to design & evaluation. California: Sage Publication.
22. Leonard, M. K., Tipps, S., & Johnson, A. (2004). Guiding children’s learning of mathematics (10th ed). United States of America: Thompson Learning, Inc.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).
23. Matthews, J. M. & Hudson, A. M. (2001). Guidelines for evaluating parent training projects. Family Relation, 50 (1), 77-86.
24. Mayberry, J.W. (1983). The van Hiele levels of geometric thought in undergraduate preservice teachers. Journal for Research in Mathematics Education, 14, 58-69.
25. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2011). Pembinaan dan analisi ujian bilik darjah. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press.
26. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Sazelli Ab Ghani, Che Nidzam Che Ahmad & Asmayati Yahaya. (2015). Students’discourse in learning mathematics with self regulating strategies. Procedia Social and Behavioral Science, 191(2015), 2188 – 2194.
27. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mohd Sahandri Gani Hamzah, Che Nidzam Che Ahmad, Mazlini Adnan, Noraini Mohamed Noh, Shafini Suhaimi & Lajiman Janoory. (2014a). An instrument to assess secondary school mathematics teachers’ assessment practices in Malaysia. Journal of Teaching and Education, 03(03), 483 – 492.
28. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mohd Sahandri Gani Hamzah, Che Nidzam Che Ahmad, Mazlini Adnan, Noraini Mohamed Noh., & Shafini Suhaimi. (2014b). Pembinaan instrumen amalan pentaksiran guru matematik sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4(1), 1 – 14.
29. Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
30. Mohd Najib. (1997). Pembinaan dan analisis ujian bilik darjah. Johor: UTM.
31. Mohd Sahandri Gani Hamzah, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron.,& Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah. (2013). Buku panduan pembinaan instrumen “ Anda dan Kepenggunaan”. Tanjung Malim, Perak: Emeritus Publications.
32. Mohd Sahandri Gani Hamzah, Noor Shah Saad, Saifuddin Kumar Abdullah, Mazura Mastura Muhammad., & Husni Zaim
Khairun Nasri. (2014). Transformation of research instrument development in education. US-China Education Review A, 4(10), 679-687.
33. Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Moskal, B.M. (2000). Scoring rubric: What, when and how?
Pratical assessment, research & evaluation, 7(3). Diperolehi daripada http://PAREonline.net/getvn.asp?v=7&n=3
34.Noor Azreen Abd Aziz & Sulaiman Yamin. (2012). Sistem
pentaksiran antarabangsa: Satu cadangan di Malaysia. DalamProsiding Seminar Pasca Ijazah dalam PTV kali ke-2
(hal. 88-99). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |