UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :0126-5008
Main Author :Muhammad Fidlizan, Awang Salwa Amirah, Mohd Hussin Mohd Yahya, Tahir Mohamed Abdul Majid,
Title :Sorotan perbezaan had kifayah perbelanjaan keperluan asasi dan kesannya dalam pengiraan zakat pendapatan (IR)
Year of Publication :2017
PDF Full Text :The author has requested the full text of this item to be restricted.

Full Text :
Kajian ini bertujuan menganalisis perbezaan jumlah bayaran zakat pendapatan individu berdasarkan had kifayah perbelanjaan keperluan asasi hidup (PKA) yang ditetapkan dalam pengiraan zakat pendapatan di Malaysia. Ketidakseragaman PKA menyebabkan jumlah zakat pendapatan berbeza walaupun pembayar memiliki pendapatan dan perbelanjaan yang sama. Sehubungan itu, maklumat jenis dan kadar PKA di setiap negeri dianalisis secara kualitatif untuk memahami bentuk ketidakseragaman tersebut. Selanjutnya, pengiraan zakat pendapatan dengan andaian pembayar mempunyai pendapatan dan perbelanjaan yang sama dilaksana secara simulasi berbantukan kalkulator zakat atas talian setiap Majlis Agama Islam Negeri. Hasil penelitian PKA menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan berkaitan jenis dan kadar yang digunakan. Perbelanjaan untuk diri sendiri, isteri dan anak merupakan antara senarai perbelanjaan yang digunakan oleh semua negeri dalam pengiraan zakat pendapatan. Namun demikian, pengkategorian lebih terperinci untuk perbelanjaan isteri dan anak dengan kadar yang berbeza, dan amalan beberapa jenis perbelanjaan baharu yang hanya diamalkan di beberapa buah negeri sahaja seperti rawatan kronik,tanggungan kurang upaya dan ansuran kenderaan dan rumah memberi kesan terhadap pengiraan jumlah zakat pendapatan individu. Kesan ketidakseragaman PKA melalui analisis simulasi menunjukkan jumlah bayaran zakat pendapatan individu paling kecil adalah di Perlis, manakala bayaran zakat paling tinggi pula di Kedah. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati ketidakseragaman jenis dan kadar di dalam PKA boleh menyebabkan berlaku pembayaran zakat merentasi negeri secara meluas. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa perbezaan jenis PKA khususnya antara negeri memerlukan satu penelitian semula. Kewajaran untuk mempertimbangkan jenis PKA adalah penting bagi memberikan kesamarataan kepada pembayar dan penerima zakat sebagaimana jenis pelepasan yang diamalkan dalam sistem percukaian.

References
1. Ahmad Fahme Mohd Ali. (2011). The Role of Zakat in Reducing Poverty Reduction in Kelantan, Malaysia. Msc. Thesis Disertation. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 2. Ahmad Fahme Mohd Ali & Muhammad Ridhwan Ab. Aziz. 2014. Zakat poverty line index and gender poverty in Malaysia: Some Issues and Practices. International Journal of Business and Social Science 5(10): 286-293 3. Ahmad Fahme Mohd Ali, Mohd Faisol Ibrahim, Muhammad Ridwan Ab. Aziz & Fuadah Johari. 2013. Had kifayah, kemiskinan bandar dan wanita di malaysia: sorotan literatur. Dalam, Proceeding of the 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), "Sustainable Development Through The Islamic Economics System", 4th-5th September, 2013, Faculty Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. 4. Ahmad Fahme Mohd Ali, Mohd Faisol Ibrahim, Muhammad Ridhwan Ab Aziz & Fuadah Johari. 2014. Konsep dan isu had kifayah, kemiskinan bandar dan jantina dalam pengagihan zakat. Labuan e-Journal of Muamalat and Society 8 : 14-26. 5. Ahmad Fahme Mohd Ali & Mohd Faisol Ibrahim. 2015. Determinations of a Muslim household poor in Kelantan, BAse on Islamic poverty line index (had kifayah). E-Prosiding Seminar Zakat Peringkat Kebangsaan 2015. Edited by Nor Aini Ali, Azizi Che Seman & Mohammad 6. Taqiuddin Mohamad. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Jabatan Syariah dan Ekonomi, APIUM. Bayu Taufiq, P. 2016. Had kifayah zakat and adequacy of income redistribution: A proposal framework. International Journal of Zakat 1(1): 36-49. 7. Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Mohd Yahya Mohd Hussin & Noor Hamizah Saidin. 2015a. Analisis kepatuhan menghitung zakat berasaskan sumber pendapatan. Dlm. Isu Kontemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia. Edited by Nor Aini Ali,Azizi Che Seman & Mohammad Taqiuddin Mohamad. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Jabatan Syariah & Ekonomi, APIUM. 8. Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Salwa Amirah Awang & Abdul Majid Tahir Mohamed. 2012. Kepelbagaian Kaedah Pungutan Zakat: Analisis di pusat pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dari tahun 2003-2009. Jurnal Syariah 20(3): 329-348. 9. Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Azila Abdul Razak & Salwa Amirah Awang. 2015b. Ketirisan bayaran zakat fitrah terhadap institusi formal di Malaysia, Sains Humanika 5(1): 27-32. 10. Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Salwa Amirah Awang & Abdul Majid Tahir Mohamed. 2016. Islam di Malaysia: Tertunaikah bayaran Zakat pendapatan?. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 12(8): 48-60. 11. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. 2007. Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Islamiyyat 29: 53-70 Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2009. Pengagihan zakat institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati? Jurnal Syariah 17(1): 89-112 12. Hasan Bahrom & Ezani Yaakub. 2006. Pengurusan Zakat Semasa. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM. Kamil Md. Idris. 2006. Kesan Persepsi Undangundang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Dlm Zakat: Pensyariatan, Perekonomian dan Perundangan, disunting oleh Abdul Ghafar Ismail dan Hailani Muji Tahir. Bangi: Penerbit UKM. 13. Kamil Md. Idris, Chek Derashid & Engku Ismail. 1997. Zakat penggajian: Satu tinjauan terhadap pengetahuan dan amalan Muslimin Negeri Perlis. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan Universiti Universiti Utara Malaysia, 13 Oktober 1997, Sintok, Kedah. 14. Katiman Rostam. 2006. Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan Lembah Klang-Langat, Malaysia. Jurnal e-Bangi 1(1): 1-27. 15. Khairudin Abdul Rashid, Sharina Farihah Hasan & Azila Ahmad Sarkawi. 2015. Haddul Kifayah: Its comprehensiveness, sufficiency and currency in meeting the needs of the asnaf faqr and asnaf miskin. In National Conference on Zakat and Economic Development (NCOZ 2015), 1 June 2015. Pahang, Kuantan: Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, UMP. 16. Mahmood Zuhdi Ab Majid. 2007. Pemantapan Sistem Zakat dan Cukai ke arah kemajuan ekonomi Ummah. Kertas kerja dibentangkan dalam Persidangan Zakat dan Cukai Peringkat Kebangsaan, 22-24 Mei 2007. Kuala Lumpur: PWTC. 17. Mansor Sulaiman, Hasan Ahmad, Ahmad Irfan Ikmal Hisham, Noradilah Md Nordin & Saharudin Ramli. 2013. Had al-Kifayah di kalangan Masyarakat Islam: Merungkai Keperluan Kaedah Penentuan Garis Miskin dan Kaya Berasaskan Sunnah di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiyah (Musnad 2): Realiti dan Cabaran, 3-4 Julai 2013, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 18. Mohamad Sabri Haron & Riki Rahman. 2016. Pengagihan zakat dalam konteks kesejahteraan masyarakat Islam: Satu tinjauan berasaskan Maqasid Al-Syari’ah. Labuan e-Journal of Muamalat and Society 10: 129-140. 19. Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani Mod. Nor. 2004. Kesedaran membayar zakat pendapatan di kalangan kakitangan profesional universiti kebangsaan Malaysia. Islamiyyat 26(2): 59-68. 20. Mohd Faisol Ibrahim, Ahmad Fahme Mohd Ali & Mohd Nasir Ali. 2014. Pengiraan had kifayah bagi kemiskinan di malaysia: kajian kes dinegeri Selangor. http://www.kuis.edu.my/ mfifc2014/eprosiding/ifc026%20-%20Us%20 Nasir.pdf Tarikh capaian: 10 Februari 2015. 21. Mohd Faisol Ibrahim. 2016. Analisis kaedah bayaran zakat harta oleh institusi zakat diMalaysia. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research 13(2): 109-124 Mohd Parid Sheikh Ahmad. 2001. Kaedah pengagihan zakat: Satu perspektif Islam. Dlm. Kaedah Pengagihan Dana Zakaf Safu Perspektif lslam, disunting oleh Nik Mustapha Nik Hassan. Kuala Lumpur: lKlM. 22. Mohd Shukri Hanapi. 2014. Perakaunan Zakat Padi dan Hubungkaitnya dengan Kesejahteraan Sosial Petani: Kajian Kes di Negeri Perlis. Kertas kerja dibentangkan dalam International Social Development Conference (ICDC2014), Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia (UUM), 12-13 Ogos 2014, Hotel Bayview, Langkawi, Kedah. 23. Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad & Mohamad Ali Roshidi Ahmad. 2013. Kepatuhan membayar zakat: Analisis kutipan dan ketirisan zakat fitrah di Selangor, Jurnal Syariah 21(2): 191-206. 24. Muhsin Nor Paizin. 2013. Pelaksanaan zakat di Wilayah Persekutuan: Satu pemerhatian terhadap operasi kutipan & agihan zakat. Jurnal Hadhari 6:97-111. 25. Nor Azlina Abd Wahab & Abdul Rahim Abdul Rahman. 2012. Efficiency of Zakat Institutions in Malaysia: An Application of Data Envelopment Analysis. Journal of Economic Cooperation and Development 33(1): 95-112. 26. Nor Ghani Md Nor, Mariani Majid, Jaafar Ahmad & Nahid Ismail. 2001. Can privatization improve performance? Evidence from zakat collection institutions. Kertas Kerja dibentangkan diBengkel Ekonomi Islam. Fakulti Ekonomi,Universiti Kebangsaan Malaysia 27. Nor Azlina Abd. Wahab, Mahyudin Abu Bakar, Ahmad Zubir Ibrahim, Zairy Zainol & Norida Minhat@Minhaj. 2015. Kualiti Perkhidmatan dalam Institusi Zakat: Satu Penemuan Awal.Dlm Isu Kontemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia, disunting oleh Nor Aini Ali, Azizi Che Seman dan Mohd Taqiuddin Mohamad. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 28. Norlela Zaman & Hairunnizam Wahid. 2014. Pewartaan Zakat Pendapatan dan Trend kutipan Zakat Pendapatan: Kajian di Malaysia.Dlm Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke 9 2014: Just Economic Governance: Towards High Income Economy,disunting oleh Mohd Azlan Shah. Bangi: Fakulti Ekonomi & Pengurusan UKM. 29. Nur Azura Sanusi, Norazlina Abdul Wahab & Nor Fadlin Mohd Bahar. 2005. Gelagat Kepatuhan Pembayaran Zakat Pendapatan: Kajian Kes UUM. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Ekonomi dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, 29-30 Ogos 2005. 30. Nur Barizah Abu Bakar & Hafiz Majdi Abdul Rashid, 2010. Motivations of Paying Zakat on Income: Evidence from Malaysia.International Journal of Economics and Finance 2(3): 76-84. 31. Qardawi, Y.1991. Fiqh Zakat. Jilid 2. Beirut: Muassasah al-Risalah Ragayah Mat Zin. 2007. Understanding the formulation of the revised poverty line in Malaysia. Akademika 70: 21-39. 32. Raja Muhd’ Azman Raja Azam, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. 2015. Pelaksanaan sistem agen dalam kutipan zakat di Negeri Perlis: Isu dan cabaran. Dlm Isu Kontemporari Pengurusan dan Pembayaran Zakat di Malaysia, disunting oleh Nor Aini Ali, Azizi Che Seman & Mohammad Taqiuddin Mohamad. Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)