Pengaruh konteks dan sumber terhadap proses dalam pengurusan pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah Selangor
Type
Thesis
Main Author
Lizamasayu Idris
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh konteks dan sumber terhadap proses pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Selangor berdasarkan Model CIPP. Ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data. Sampel kajian merupakan 221 orang guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Selangor. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian analisis deskriptif menunjukkan pengetahuan guru (konteks) dan kemahiran guru (sumber) berada pada tahap tinggi. Tahap latihan guru (sumber) pula memenuhi keperluan tetapi kemudahan prasarana (sumber) berada pada tahap kurang memenuhi keperluan dalam pengurusan pelaksanaan KSSR. Tahap pendekatan pengajaran dan pendekatan pentaksiran (proses) adalah selaras dengan kehendak KSSR. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran juga telah dilaksanakan dengan baik sepanjang pelaksanaan KSSR. Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan wujud pengaruh yang signifikan dalam kombinasi faktor-faktor konteks dan sumber terhadap pendekatan pengajaran, pendekatan pentaksiran dan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (proses). Dapatan kajian merumuskan bahawa tiga komponen utama dalam pengurusan pelaksanaan KSSR iaitu konteks, sumber dan proses telah dilaksanakan dengan berkesan. Walau bagaimanapun bagi meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan pelaksanaan KSSR pengetahuan guru, kemahiran guru, latihan guru, kemudahan prasarana, pendekatan pengajaran, pendekatan pentaksiran serta penyeliaan pengajaran dan pembelajaran perlu ditambah baik secara berterusan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.