Tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ke arah kemahiran abad ke-21
Tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ke arah kemahiran abad ke-21
Type
Thesis
Main Author
Yip, Chan Ling
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (PAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah kemahiran yang terdapat dalam Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Ini merupakan satu kajian penerokaan yang melibatkan pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian terdiri daripada dokumen program PAKK dan soal selidik. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan “target population” yang melibatkan 230 orang graduan ISMP (PAKK) Sesi 2013 dan 2014 dan pelajar semester 8 (Sesi 1 2011/2012). Statistik deskriptif (peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan tahap atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program PAKK ke arah kemahiran abad ke-21 adalah rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara atribut nilai, pengetahuan dan kemahiran dalam program PAKK dengan kemahiran abad ke-21. Kesimpulannya atribut nilai, pengetahuan, dan kemahiran dalam program PAKK sejajar dengan kemahiran Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Namun demikian terdapat kekurangan yang ketara atribut ini di dalam program PAKK di UPSI. Implikasi kajian menunjukkan perlu satu semakan semula program PAKK UPSI untuk meningkatkan atribut ini dan penguasaannya dalam kalangan para pelajar PAKK bagi melahirkan pendidik yang berkualiti selaras dengan aspirasi PPPM 2013-2025.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.