UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan terhadap guru-guru sekolah Tamil di negeri Perak

AVAILABLE Thesis 1002 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan terhadap guru-guru sekolah Tamil di negeri Perak
Type
Thesis
Main Author
Monica Henry
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
Masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) terhadap guru-guru sekolah Tamil (SJKT) di negeri Perak. Keberkesanan LADAP dalam kalangan guru-guru sekolah Tamil telah dikaji dari segi faktor-faktor perkembangan pendidikan kini, motivasi guru, pengurusan fasiliti dan kualiti penceramah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan keberkesanan LADAP. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Seramai 150 orang guru dari beberapa buah sekolah Tamil daerah Kuala Kangsar, Kinta, Hilir Perak, Larut Matang dan Selama telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan LADAP berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan signifikan keberkesanan LADAP berdasarkan umur, jantina dan pengalaman bekerja. Implikasi kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan LADAP perlu ditingkatkan bagi memantapkan profesionalisme guru. Para guru perlu sentiasa bersedia dan mengambil bahagian dalam LADAP bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.